Tuesday, June 16, 2015

Ini kisah Magis dari Tuhan



With the Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam'alayk. 

Dah lama tak menulis di blog, ini post pertama di usia 24 tahun. 
Boleh jadi post ini akan tinggal sebagai kenangan bila si tuan empunya blog pergi bertemu Illahi satu hari nanti.

Satu hal terlintas dihati, "why not I'm sharing some thought of Allah's miracle in some moment I've go through?". 

Senyum. Sebak. Izinkan saya bercerita tentang Dia :)

Tahun ini, saya berazam untuk aktif kembali dalam Misi Ramadhan Relief dibawah NGO Islamic Relief Malaysia. 2 tahun yang lalu, alhamdulillah dapat sertai misi ini. Tahun ini, saya tekad untuk sumbangkan sesuatu kerana boleh jadi Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir saya.

Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan. Bermula dengan cetusan ilham dari Tuhan yang Maha Rahmat, saya suarakan ilham kepada seorang staff IRM Syakir melalui whatsapps. Pada mulanya saya cuma mahu mendaftarkan diri sebagai Digital Volunteer sahaja, tapi aturan Allah lebih cantik apabila Al-'Alim memberi ilham kepada saya untuk membentuk team menjayakan misi ini.

Berhubung dengan Datin Norelan, Manager IRM. Alhamdulillah segalanya jadi mudah bila mendapat official letter dari IRM bagi memudahkan saya mengutip dana minyak masak 2KG. 

La hawla walaa quwwata illa billah.

Muka-muka rakan kelas terbayang difikiran. Mungkin,mereka dapat bantu untuk jayakan misi ini. 

Iqbal.
Izzati.
Syamil.

Alhamdulillah, setelah whatsapps/ called mereka, Allah bukakan pintu hati mereka untuk bantu saya. Tiada kemudahan dengan izin Tuhan. 

"Korang jangan risau tentang dana sumbangan. Nanti aku akan usahakan promote. Aku perlukan banyak 'tangan' untuk bantu hantar ke Bangi. In terms of logistic, dan pembelian minyak". 

Saya cuba yakinkan mereka. Dan setinggi pengharapan itu hanya pada DIA. 

Oleh sebab komitmen kerja,jarak kami yang jauh (ada duduk Melaka,KL dan Putrajaya), saya cuba susun tarikh yang sesuai dengan sepakat dari mereka. Alhamdulillah, 14 Jun adalah tarikh yang nak dikatakan kitorang free. Kebetulan,tarikh tu pun adalah hari last penghantaran sumbangan botol minyak masak 2KG.

Langkah terus diatur. Sebarkan misi Ramadhan Relief terus menerus melalui FB/Twitter/Instagram. Disamping sebarkan melalui medium whatsapps juga, i totally believe these are the powerful medium nowadays.


"Boleh ke misi ni berjaya dengan kekuatan 4 orang sahaja? Nak beli minyak masak dengan kuantiti yang banyak. Perlukan masa,tenaga, kenderaan  dan wang lagi. Can we make it? " .

Terlintas ayat ini dibenak hati saya. Lantas, saya teringat dengan kisah Perang Badar dimana Allah janjikan kemenangan buat tentera Islam. Dengan kekuatan tentera Islam seramai 313 orang melawan tentera Quraisy seramai 1000 orang. Ikutkan logik akal kita, boleh ke menang dengan tentera yang sikit? Tapi, kalau kita soroti kisah perang Badar, what a miracle story that Allah want to tell us. Puncak kemenangan adalah KEIMANAN, TAQWA dan pergantungan hebat hanya pada Al-Khaliq.

Eh Puteri, apasal cerita pasal Perang Badar tiba-tiba? *angkat kening*

Cuma, saya mahu analogikan bagaimana jumlah tentera Islam yang sedikit mampu diberi kemenangan yang hebat disisi Dia. Kalau nak dibandingkan dengan situasi team #RamadhanRelief saya kali ini ,ia situasi yang berbeza dimana tentera Islam ketika itu nak melawan musuh Allah. Cuma, PERSAMAAN kami adalah jumlah bilangan yang SEDIKIT untuk berjihad dijalan Allah.

Eh, kita sedang berjihad ke Puteri? Yes, fisabilillah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang"
(Surah Al-Baqarah Ayat 218)

Jihad dijalan Dia.
Kerah tenaga untuk membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak.
Curi masa untuk ke Giant,Kedai Borong untuk beli minyak.
Ada yang batalkan masa untuk ke majlis pertunangan sepupu di Melaka kerana komitmen #RamadhanRelief IRM.
Ada yang turun dari Putrajaya ke Melaka semata-mata untuk jayakan misi ini.
Ada yang berkejar dari Kelantan,pulang ke Johor sebab komitmen IRM.
Ada yang pergi bilik ke bilik di UMT, blok ke blok untuk mengutip dana sumbangan.
Ada yang dari UTP,kumpul duit sama-sama dan sebarkan misi.

Ya Rabb. Persaksikanlah jihad kami yang kecil ini. Hanya demi redha-Mu.

Mungkin, ini hanya cebisan usaha dari kita untuk berjihad dijalan Dia. Kalau nak dibandingkan dengan tentera pada perang Badar dengan kita, fuhh jauh tinggi melangit beza kita dengan mereka.

TAPI.

At least, we're trying to put effort on it. Allah counts our effort, isn't?

Senyum. Sebak.

Sebagai ketua untuk misi ini, saya selalu ingatkan diri untuk tajdid niat.
Bukan pujian tinggi melangit yang diharapkan, cukuplah redha Tuhan selalu ada dalam langkah saya dan sahabat dalam menjayakan misi ini.

Takutnya, jika amal kebaikan kita itu terselit rasa riak dek pujian manusia ,maka hanguslah segala pahala kita.
Nanti,nak persembahkan depan Tuhan dengan cebisan hangus pahala?
Jadi, tajdid (renew) niat selalu.
Minta Allah sungguh-sungguh pegang hati saya yang lemah, pegang hati sahabat-sahabat saya (Izzati,Iqbal dan Syamil).

Ini Kisah 4 hari sebelum ke Bangi.

 Saya cuba usahakan untuk sebarkan misi ini di semua medium sosial. Beli separuh minyak masak di Muar (kereta saga sampai mendap sikit :p. Sorry ayah hehe).



Wang terkumpul pada 11 Jun adalah RM661. Saya agihkan sebahagian wang kepada team saya supaya mereka boleh beli separuh minyak masak lagi.

Hari Jumaat,hari terakhir saya buka peluang melalui FB/IG/Twitter untuk orang ramai infaqkan dana sebelum bertemu Ramadhan. What a blessing counts during Jumu'ah Mubarak, since this is a chance to do a sunnah which is "sedekah" ☺ .

Sesungguhnya, Allah jua yang memegang pemilik hati hamba yang mukmin untuk infaqkan harta dijalan Dia :)

Berderet-deret whatsapps pm saya. Dengan sabar,saya pm sorang demi sorang. Saya juga remind mereka untuk attach sekali resit bank bagi memudahkan saya dokumentasi setiap transaksi.
Sesungguhnya berurusan dengan duit ini amanah yang berat, sebagai ketua untuk misi kali ini, saya belajar untuk lebih teliti dan amanah kerana setiap wang yang diinfaqkan itu akan dipersoalkan di Akhirat kelak.

Sabtu 13 Jun.
Usai Subuh, saya membuka whatsapps. Ada seorang hamba Allah yang attach kan single receipt RM555 .
Syukur. Sebak. Mungkin jumlah dana dari RM661 akan meningkat, bisik hati saya.


Ketika saya tiba di TBS pada hari Jumaat, saya tersenyum dan hampir menggigil bila check mini statement dalam akaun Maybank/BIMB saya. Almost RM2K+. Allahurabbi. Sebak.

Who knows, 3 hari saat terakhir wang berlipat ganda diinfaqkan dari orang ramai.
Alhamdulillah. Hati kecil ini tak henti-henti memuji Dia.
Besarkan Allah, tiada yang hebat selain DIA. Allahuakbar.

Dan paling teruja ingin saya kongsikan sebuah kisah ajaib dari Tuhan. Perkongsian seorang hamba Allah yang tidak saya kenali,tapi Allah pertemukan melalui Instagram sebelum dia whatsapps saya untuk infaqkan dana bagi misi ini.

Senyum. Alhamdulillah :')

Ajaibnya sedekah atas niat kita. Ada yang bagitahu saya, dia sedekahkan atas nama arwah ibu ayahnya. Subhanallah, anak solehah :)

Sabtu,hari terakhir membeli minyak masak. Team saya dan Izzati di Cheras, dan Team Iqbal/ Syamil di Melaka. We're split,somehow its a best plan to ease all of us.

 Dengan sabar masukkan dalam kereta. Yang kelakarnya,pekerja Giant tu boleh sabar hulurkan satu satu botol minyak masak time saya dan Zati susun. Terima kasih abg giant ;)
Team budak lelaki di Melaka

Security guard pun bantu.. Akak dan pekerja Giant yang gigih mengira botol minyak masak. 

Ahad, hari yang ditunggu-tunggukan. Semalaman saya tak dapat tidur lena, sebak teramat. Gugur juga air mata acapkali solat bila misi ini hampir ke penghujung. Bila scroll semula tiap whatsapps dari si penderma, setiap dari mereka menuturkan doa yang baik-baik supaya kami dipermudahkan untuk misi kali ini.








212 buah botol minyak masak. RM2,788.45 hasil kutipan dana sebelum pembelian minyak masak. Alhamdulillah, Tiada yang hebat selain Allah.

Terima kasih untuk setiap untaian doa dan kata-kata dari setiap penderma yang menghubungi saya. Sesungguhnya, setiap kata-kata yang baik juga merupakan doa dan harapan buat Dia.

Satu doa dibenak hati,moga Ar-Rahman menerima setiap sedekah yang ikhlas dan memakbulkan tiap hajat/niat penderma. Sesungguhnya hanya kitab amal yang baik akan dipersembahkan kepada Allah dengan tangan kanan pada Hari Pembalasan nanti.

Dan satu firman-Nya yang cukup buat kita berasa beruntung dan bahagia ;

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga buat mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah didalam Taurat,Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka ,bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"

                   Surah At-Taubah Ayat 111.

Sebak.
Allah beli jiwa orang mukmin.
Baik diri,mahupun harta.
Dan syurga balasan terhebat.
Beruntunglah mereka yang berjual-beli dengan Allah...

Usai pulang dari Putrajaya ke KL, saya suarakan sesuatu kepada Izzati dan sampaikan pesanan.

"Puteri tak tahu sama ada ni kali terakhir Puteri dapat join misi IRM macam ini. Mungkin ni yang terkahir, kalau Puteri tak ada lagi Ramadhan tahun depan, nanti Zati share la program macam ini dan buat ye".

Jika ini peluang terakhir untuk saya rasai peluang begini, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih 'sempat' merasai 'erti hidup bila memberi'.

Tujuan post ini dinukilkan dengan panjang berjela (maaf readers,its sort of long essay), saya harap bila saya tiada lagi, at least tulisan ini dapat memberi manfaat dan gambaran tentang hebatNya Allah.

Cuma suka bercerita tentang Dia,
Pemilik segala Kejayaan.

Balik je dari misi ini,terus saya demam. Selesai jalankan amanah IRM, baiknya Allah berikan demam kepada saya. Moga gugurnya lelah dan air mata ini bersama dengan gugurnya dosa dosa kecil ketika demam.

Assalamualaikum.
Selamat bertemu Ramadhan dan menjadi muttaqin disisiNya, aamiin moga-moga.

Puteri Nurdini,
16 Jun 2015.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...