Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yg telah dilakukan,
Ketika harapan dirasakan tiada lagi , sebenarnya ia bukan penamat untuk kita berubah dan memperbaiki diri.
Saya telah melalui pengalaman dimana teman baik dan org yg pernah disayangi telah 'Jauh' dari Allah.
MasyaAllah, rasa sayu, rasa hiba bila mereka pernah lari dari landasan DIA. Tapi,sedikit pun tidak saya merendahkan mereka,bahkah saya cuba memberi semangat dan suntikan ilmu Agama kpd mereka.
Ketika saya cuba menolong mereka,saya cuba letakkan diri saya di tempat mereka.
Menjadi teman bukan sekadar teman yang berada disisi ketika gembira dan sedih, tetapi menjadi Teman yang boleh menegur kalian ketika terleka, mengingatkan kalian bila terlupa.
Dan hari ini, saya terpanggil untuk coretkan sesuatu di sini dan diharap pembaca dapat manfaat dari apa yg saya cuba sampaikan.
********
Hakikatnya, kehidupan kita melalui pelbagai ujian . Dari sekecil-kecil ujian, bahkah sehingga Ujian yang besar, Allah menguji tiap hambanya.
Selagi bernyawa,kita tidak terlepas daripada membuat kesalahan yg mengundang dosa.
Cuba bagitahu kpd saya, adakah dari kita terlepas dari membuat dosa? Ya,kita bukan semaksum Nabi Saw,tapi kita boleh berusaha utk menghidari dari melakukan dosa, dan meningkatkan Iman dan Taqwa kita hanya pada Ya Rabb. Tapi, bila dgn terpalitnya dosa didalam diri kita, ia bukanlah penamat segalanya.
Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Illahi.
Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah.
Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara.
Jika zaman jahiliah akal terasa kosong dengan ilmu dan panduan utk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dgn risalah wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis.
Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kita mampu lunturkan dan padamkan secara bertahap.
Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Illahi sentiasa maju ke hadapan.
Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.
Ingin saya petik Maksud Surah Az-Zummar ayat ke-53, ''Beritahu kepada hamba-hambaku,katakanlah wahai hamba-hamba Allah yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka , Jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah, Jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah, Allah mengampunkan segala dosa.
Pintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk DIA mengampunkan orang yg berbuat dosa pada waktu malam, dan Allah buka pintu keampunan pada waktu malam untuk DIA mengampunkan orang yang berbuat dosa pada waktu siang.
Usah berputus asa dengan rahmat Allah, Teruskan perbaiki diri.
Islam seluas-luas pintu , didalam ajaran Islam adalah Pintu Taubat.
Allah menyatakan, ''Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya dari bumi hingga ke langit, kemudian engkau istighfar, engkau pohon keampunan daripadaku, Aku ampunkan'' .
''Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kpd Tuhan tidak pernah tertutup''