Tuesday, June 16, 2015

Ini kisah Magis dari Tuhan



With the Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam'alayk. 

Dah lama tak menulis di blog, ini post pertama di usia 24 tahun. 
Boleh jadi post ini akan tinggal sebagai kenangan bila si tuan empunya blog pergi bertemu Illahi satu hari nanti.

Satu hal terlintas dihati, "why not I'm sharing some thought of Allah's miracle in some moment I've go through?". 

Senyum. Sebak. Izinkan saya bercerita tentang Dia :)

Tahun ini, saya berazam untuk aktif kembali dalam Misi Ramadhan Relief dibawah NGO Islamic Relief Malaysia. 2 tahun yang lalu, alhamdulillah dapat sertai misi ini. Tahun ini, saya tekad untuk sumbangkan sesuatu kerana boleh jadi Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir saya.

Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan. Bermula dengan cetusan ilham dari Tuhan yang Maha Rahmat, saya suarakan ilham kepada seorang staff IRM Syakir melalui whatsapps. Pada mulanya saya cuma mahu mendaftarkan diri sebagai Digital Volunteer sahaja, tapi aturan Allah lebih cantik apabila Al-'Alim memberi ilham kepada saya untuk membentuk team menjayakan misi ini.

Berhubung dengan Datin Norelan, Manager IRM. Alhamdulillah segalanya jadi mudah bila mendapat official letter dari IRM bagi memudahkan saya mengutip dana minyak masak 2KG. 

La hawla walaa quwwata illa billah.

Muka-muka rakan kelas terbayang difikiran. Mungkin,mereka dapat bantu untuk jayakan misi ini. 

Iqbal.
Izzati.
Syamil.

Alhamdulillah, setelah whatsapps/ called mereka, Allah bukakan pintu hati mereka untuk bantu saya. Tiada kemudahan dengan izin Tuhan. 

"Korang jangan risau tentang dana sumbangan. Nanti aku akan usahakan promote. Aku perlukan banyak 'tangan' untuk bantu hantar ke Bangi. In terms of logistic, dan pembelian minyak". 

Saya cuba yakinkan mereka. Dan setinggi pengharapan itu hanya pada DIA. 

Oleh sebab komitmen kerja,jarak kami yang jauh (ada duduk Melaka,KL dan Putrajaya), saya cuba susun tarikh yang sesuai dengan sepakat dari mereka. Alhamdulillah, 14 Jun adalah tarikh yang nak dikatakan kitorang free. Kebetulan,tarikh tu pun adalah hari last penghantaran sumbangan botol minyak masak 2KG.

Langkah terus diatur. Sebarkan misi Ramadhan Relief terus menerus melalui FB/Twitter/Instagram. Disamping sebarkan melalui medium whatsapps juga, i totally believe these are the powerful medium nowadays.


"Boleh ke misi ni berjaya dengan kekuatan 4 orang sahaja? Nak beli minyak masak dengan kuantiti yang banyak. Perlukan masa,tenaga, kenderaan  dan wang lagi. Can we make it? " .

Terlintas ayat ini dibenak hati saya. Lantas, saya teringat dengan kisah Perang Badar dimana Allah janjikan kemenangan buat tentera Islam. Dengan kekuatan tentera Islam seramai 313 orang melawan tentera Quraisy seramai 1000 orang. Ikutkan logik akal kita, boleh ke menang dengan tentera yang sikit? Tapi, kalau kita soroti kisah perang Badar, what a miracle story that Allah want to tell us. Puncak kemenangan adalah KEIMANAN, TAQWA dan pergantungan hebat hanya pada Al-Khaliq.

Eh Puteri, apasal cerita pasal Perang Badar tiba-tiba? *angkat kening*

Cuma, saya mahu analogikan bagaimana jumlah tentera Islam yang sedikit mampu diberi kemenangan yang hebat disisi Dia. Kalau nak dibandingkan dengan situasi team #RamadhanRelief saya kali ini ,ia situasi yang berbeza dimana tentera Islam ketika itu nak melawan musuh Allah. Cuma, PERSAMAAN kami adalah jumlah bilangan yang SEDIKIT untuk berjihad dijalan Allah.

Eh, kita sedang berjihad ke Puteri? Yes, fisabilillah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang"
(Surah Al-Baqarah Ayat 218)

Jihad dijalan Dia.
Kerah tenaga untuk membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak.
Curi masa untuk ke Giant,Kedai Borong untuk beli minyak.
Ada yang batalkan masa untuk ke majlis pertunangan sepupu di Melaka kerana komitmen #RamadhanRelief IRM.
Ada yang turun dari Putrajaya ke Melaka semata-mata untuk jayakan misi ini.
Ada yang berkejar dari Kelantan,pulang ke Johor sebab komitmen IRM.
Ada yang pergi bilik ke bilik di UMT, blok ke blok untuk mengutip dana sumbangan.
Ada yang dari UTP,kumpul duit sama-sama dan sebarkan misi.

Ya Rabb. Persaksikanlah jihad kami yang kecil ini. Hanya demi redha-Mu.

Mungkin, ini hanya cebisan usaha dari kita untuk berjihad dijalan Dia. Kalau nak dibandingkan dengan tentera pada perang Badar dengan kita, fuhh jauh tinggi melangit beza kita dengan mereka.

TAPI.

At least, we're trying to put effort on it. Allah counts our effort, isn't?

Senyum. Sebak.

Sebagai ketua untuk misi ini, saya selalu ingatkan diri untuk tajdid niat.
Bukan pujian tinggi melangit yang diharapkan, cukuplah redha Tuhan selalu ada dalam langkah saya dan sahabat dalam menjayakan misi ini.

Takutnya, jika amal kebaikan kita itu terselit rasa riak dek pujian manusia ,maka hanguslah segala pahala kita.
Nanti,nak persembahkan depan Tuhan dengan cebisan hangus pahala?
Jadi, tajdid (renew) niat selalu.
Minta Allah sungguh-sungguh pegang hati saya yang lemah, pegang hati sahabat-sahabat saya (Izzati,Iqbal dan Syamil).

Ini Kisah 4 hari sebelum ke Bangi.

 Saya cuba usahakan untuk sebarkan misi ini di semua medium sosial. Beli separuh minyak masak di Muar (kereta saga sampai mendap sikit :p. Sorry ayah hehe).



Wang terkumpul pada 11 Jun adalah RM661. Saya agihkan sebahagian wang kepada team saya supaya mereka boleh beli separuh minyak masak lagi.

Hari Jumaat,hari terakhir saya buka peluang melalui FB/IG/Twitter untuk orang ramai infaqkan dana sebelum bertemu Ramadhan. What a blessing counts during Jumu'ah Mubarak, since this is a chance to do a sunnah which is "sedekah" ☺ .

Sesungguhnya, Allah jua yang memegang pemilik hati hamba yang mukmin untuk infaqkan harta dijalan Dia :)

Berderet-deret whatsapps pm saya. Dengan sabar,saya pm sorang demi sorang. Saya juga remind mereka untuk attach sekali resit bank bagi memudahkan saya dokumentasi setiap transaksi.
Sesungguhnya berurusan dengan duit ini amanah yang berat, sebagai ketua untuk misi kali ini, saya belajar untuk lebih teliti dan amanah kerana setiap wang yang diinfaqkan itu akan dipersoalkan di Akhirat kelak.

Sabtu 13 Jun.
Usai Subuh, saya membuka whatsapps. Ada seorang hamba Allah yang attach kan single receipt RM555 .
Syukur. Sebak. Mungkin jumlah dana dari RM661 akan meningkat, bisik hati saya.


Ketika saya tiba di TBS pada hari Jumaat, saya tersenyum dan hampir menggigil bila check mini statement dalam akaun Maybank/BIMB saya. Almost RM2K+. Allahurabbi. Sebak.

Who knows, 3 hari saat terakhir wang berlipat ganda diinfaqkan dari orang ramai.
Alhamdulillah. Hati kecil ini tak henti-henti memuji Dia.
Besarkan Allah, tiada yang hebat selain DIA. Allahuakbar.

Dan paling teruja ingin saya kongsikan sebuah kisah ajaib dari Tuhan. Perkongsian seorang hamba Allah yang tidak saya kenali,tapi Allah pertemukan melalui Instagram sebelum dia whatsapps saya untuk infaqkan dana bagi misi ini.

Senyum. Alhamdulillah :')

Ajaibnya sedekah atas niat kita. Ada yang bagitahu saya, dia sedekahkan atas nama arwah ibu ayahnya. Subhanallah, anak solehah :)

Sabtu,hari terakhir membeli minyak masak. Team saya dan Izzati di Cheras, dan Team Iqbal/ Syamil di Melaka. We're split,somehow its a best plan to ease all of us.

 Dengan sabar masukkan dalam kereta. Yang kelakarnya,pekerja Giant tu boleh sabar hulurkan satu satu botol minyak masak time saya dan Zati susun. Terima kasih abg giant ;)
Team budak lelaki di Melaka

Security guard pun bantu.. Akak dan pekerja Giant yang gigih mengira botol minyak masak. 

Ahad, hari yang ditunggu-tunggukan. Semalaman saya tak dapat tidur lena, sebak teramat. Gugur juga air mata acapkali solat bila misi ini hampir ke penghujung. Bila scroll semula tiap whatsapps dari si penderma, setiap dari mereka menuturkan doa yang baik-baik supaya kami dipermudahkan untuk misi kali ini.








212 buah botol minyak masak. RM2,788.45 hasil kutipan dana sebelum pembelian minyak masak. Alhamdulillah, Tiada yang hebat selain Allah.

Terima kasih untuk setiap untaian doa dan kata-kata dari setiap penderma yang menghubungi saya. Sesungguhnya, setiap kata-kata yang baik juga merupakan doa dan harapan buat Dia.

Satu doa dibenak hati,moga Ar-Rahman menerima setiap sedekah yang ikhlas dan memakbulkan tiap hajat/niat penderma. Sesungguhnya hanya kitab amal yang baik akan dipersembahkan kepada Allah dengan tangan kanan pada Hari Pembalasan nanti.

Dan satu firman-Nya yang cukup buat kita berasa beruntung dan bahagia ;

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga buat mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah didalam Taurat,Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka ,bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"

                   Surah At-Taubah Ayat 111.

Sebak.
Allah beli jiwa orang mukmin.
Baik diri,mahupun harta.
Dan syurga balasan terhebat.
Beruntunglah mereka yang berjual-beli dengan Allah...

Usai pulang dari Putrajaya ke KL, saya suarakan sesuatu kepada Izzati dan sampaikan pesanan.

"Puteri tak tahu sama ada ni kali terakhir Puteri dapat join misi IRM macam ini. Mungkin ni yang terkahir, kalau Puteri tak ada lagi Ramadhan tahun depan, nanti Zati share la program macam ini dan buat ye".

Jika ini peluang terakhir untuk saya rasai peluang begini, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih 'sempat' merasai 'erti hidup bila memberi'.

Tujuan post ini dinukilkan dengan panjang berjela (maaf readers,its sort of long essay), saya harap bila saya tiada lagi, at least tulisan ini dapat memberi manfaat dan gambaran tentang hebatNya Allah.

Cuma suka bercerita tentang Dia,
Pemilik segala Kejayaan.

Balik je dari misi ini,terus saya demam. Selesai jalankan amanah IRM, baiknya Allah berikan demam kepada saya. Moga gugurnya lelah dan air mata ini bersama dengan gugurnya dosa dosa kecil ketika demam.

Assalamualaikum.
Selamat bertemu Ramadhan dan menjadi muttaqin disisiNya, aamiin moga-moga.

Puteri Nurdini,
16 Jun 2015.







Wednesday, April 4, 2012

Usah Berputus Asa dengan Rahmat Allah

Assalamualaikum ..Bismillahirrahmannirrahim. Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :)

Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yg telah dilakukan,
Ketika harapan dirasakan tiada lagi , sebenarnya ia bukan penamat untuk kita berubah dan memperbaiki diri.
Saya telah melalui pengalaman dimana teman baik dan org yg pernah disayangi telah 'Jauh' dari Allah.
MasyaAllah, rasa sayu, rasa hiba bila mereka pernah lari dari landasan DIA. Tapi,sedikit pun tidak saya merendahkan mereka,bahkah saya cuba memberi semangat dan suntikan ilmu Agama kpd mereka.
Ketika saya cuba menolong mereka,saya cuba letakkan diri saya di tempat mereka.
Menjadi teman bukan sekadar teman yang berada disisi ketika gembira dan sedih, tetapi menjadi Teman yang boleh menegur kalian ketika terleka, mengingatkan kalian bila terlupa.
Dan hari ini, saya terpanggil untuk coretkan sesuatu di sini dan diharap pembaca dapat manfaat dari apa yg saya cuba sampaikan.

********
Hakikatnya, kehidupan kita melalui pelbagai ujian . Dari sekecil-kecil ujian, bahkah sehingga Ujian yang besar, Allah menguji tiap hambanya.
Selagi bernyawa,kita tidak terlepas daripada membuat kesalahan yg mengundang dosa.
Cuba bagitahu kpd saya, adakah dari kita terlepas dari membuat dosa? Ya,kita bukan semaksum Nabi Saw,tapi kita boleh berusaha utk menghidari dari melakukan dosa, dan meningkatkan Iman dan Taqwa kita hanya pada Ya Rabb. Tapi, bila dgn terpalitnya dosa didalam diri kita, ia bukanlah penamat segalanya.

Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Illahi.
Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah.
Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara.
Jika zaman jahiliah akal terasa kosong dengan ilmu dan panduan utk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dgn risalah wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kita mampu lunturkan dan padamkan secara bertahap.
 Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Illahi sentiasa maju ke hadapan.
Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

Ingin saya petik Maksud Surah Az-Zummar ayat ke-53, ''Beritahu kepada hamba-hambaku,katakanlah wahai hamba-hamba Allah yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka , Jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah, Jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah, Allah mengampunkan segala dosa.

Pintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk DIA mengampunkan orang yg berbuat dosa pada waktu malam, dan Allah buka pintu keampunan pada waktu malam untuk DIA mengampunkan orang yang berbuat dosa pada waktu siang. 
Usah berputus asa dengan rahmat Allah, Teruskan perbaiki diri.


Ini adalah potongan Surah Al-A'raaf  , dimana dibaca oleh Nabi Adam untuk memohon keampunan dan taubat dari Allah.
Kita juga boleh amalkan potongan ayat ini dalam kehidupan seharian kita bg membersih segala noda-noda hitam yg pernah terpalit ,insyaALLAH Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang , dan usah berputus asa dgn Rahmat Allah ^^


Islam seluas-luas pintu , didalam ajaran Islam adalah Pintu Taubat.
Allah menyatakan, ''Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya dari bumi hingga ke langit,  kemudian engkau istighfar, engkau pohon keampunan daripadaku, Aku ampunkan'' .



''Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kpd Tuhan tidak pernah tertutup''


Wednesday, March 21, 2012

Nikmat kita - #Prays for Syria





Assalamualaikum .. Bismillah ^^

Selasa , 20 Mac 2012. Hari ini genap kali ketiga saya selesai menduduki Final Exam utk subjet Local Government. Macam terlambat je kan saya nak post kat blog saya ni?Disebabkan kekangan masa, sy terpaksa batalkan niat utk post something disini..  Dan sem ni pun agak mencabar bila sy dan housemates terpaksa menapak jalan kaki ke Dewan Taming Sari yg nun di atas puncak dlm kwsn UiTM . Dugaan sem akhir , 3 papers terpaksa kami duduki kt dewan baru dibina di pucak atas tu... Kami tak ada transport nak pergi, so mengharapkan kudrat yg ada ni  dgn berjalan kaki utk menduduki peperiksaan.. Tapi,sy yakin ni baru dugaan kecil yg Allah beri kalau nk dibandingkan dgn dugaan org lain yg ditempuhi. Walhal Allah dah keluarkan sy dari pelbagai ranjau dugaan kan =.='.
Dan ,subjek yg penuh mencabar sem ni  yg semuanya subjek MEMBACA =,= . Dah menjadi adat budak Public Administration kena belajar subjek-subjek mcm ni. Kalau semester-semester sebelum ini, ada jugak la subjek mengira mcm Akaun,Macro,atau Business Maths. Tapi, bila dah jadi senior ni, subjek membaca yg makin tinggi code-nya ,dan wajib kami tempuhi =,=' . 
Tapi, itu semua tak menjadi kudis pun bagi sy utk terus menamatkan semester akhir ini dgn jayanya ,mudah-mudahan.. 

Jadual Exam yg agak comot =.='
3papers exam need to be seat!

Subjek IR ni byk Akta-akta nk hafal dlm Industrial Relations Act dan Trade Unions Act. so,terpaksa buat nota kaki utk menghafal tiap fakta-faktanya. Lain org,lain cara belajarnya kn? :)


Makanan penerang hati :)
Ni pulak nota kaki subjek LAW.mcm bkn nota ringkas pulak kan? serius,buat nota ringkas LAW bkn  senang yg disangka.. Tapi,Alhamdulillah sy yakin ada ibrah disebalik kesusahan ini =.='






Selawat ni dipesan oleh Ma saya ; Pn Diwi Bt Iman.
Masa ni Ma called sbb sy nervous sgt nk jwb paper LAW.
Ma call dan bacakan selawat ni dan sy  cepat-cepat salin.
Terima kasih Ma :)

Alhamdulillah 3 paper dah selamat sy duduki. 3 papers need to be go after this. Mudah-mudahan Allah limpahkan kejayaan atas daya usaha saya ^^ .


*******
Oh ye, dalam kita sibuk menjalani kehidupan kita, sy nk berkogsi sedikit tentang kemelut yang melanda Syria yg tak henti-henti dilanda dgn kezaliman oleh pemerintah yg diktator.
Sy bukanlah orang yg arif dlm membincangkan isu ini, tapi sy inginkan kongsikan sebuah artikel berkaitan tentang kezaliman yg berlaku di Syria utk tantapan pembaca semua.
  #Kemelut Syria(Sila Klik utk full Article)

Dan sy pn ingin berkogsi tentang sebuah lagu nasyid tentang Syria yg dinyanyikan oleh sekawan anak muda bergelar ODC yg  sedang menuntut di Universiti of Machester sempena persembahan di program Day of Islamic& Capitalism di Sheffield. Mesej dari lagu ini mungkin dapat kita jadikan renungan dan bukanlah setakat nyanyian sbg halwa ditelinga semata-mata. 
Memetik kata seorang ahli dlm kumpulan ODC ini ; ''nasyid bukanlah hiburan yang didengar sebagai halwa telinga, yang diulang-ulang dengar sehingga lalai dan lupa kepadaNYA,tetapi nasyid ialah hiburan santai yang diperdengarkan untuk tercetus rasa bertuhan sebagai hamba''. 



 p/s : Oh Dunia yg fana! Peperangan di mana-mana,
Sabarlah wahai saudara,
Peganglah dgn janjiNYA. 



Ingin saya petik sebuah Surah Ibrahim (14:34) ; '' Sekiranya kamu menghintung nikmat Allah, pasti kamu tidak dapat menghintungnya satu persatu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim serta tidak menghargai nikmat Tuhannya''. 


Apa yang dapat sy rumuskan,terkadang saya merasakan penderitaan rakyat di Syria itu jauh lebih besar rasanya jika nak dibandingkan dengan apa yang kita alami disini..
Sesungguhnya, bersyukurlah atas apa nikmat yg kita kecapi dan jgn pernah mengeluh atas apa yg menimpa kita.
Mungkin kita tak dapat menghulurkan bantuan spt mana yg orang lain berkemampuan membantu mereka, tapi dengan doa kita dapat titipkan mudah-mudahan
  saudara-saudara Islam kita disana agar mereka sentiasa tabah menempuh dugaan dan diberi naungan perlindungan oleh Allah. Ameen .

p/s : InsyaAllah, somedays I want to be a voluntarily for MERCY to help those who are in suffer. May Allah grant my dreams ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...