Showing posts with label hiba. Show all posts
Showing posts with label hiba. Show all posts

Monday, November 14, 2011

FRUST? Cubalah Untuk Sentiasa Berlapang Dada :)

Bismillah ... Assalamualaikum :)

P/S : Maaf, entry ini mengandungi Manglish :)


Bila kita sebut pasal ''Berlapang Dada'' , ape yg kita bayangkan?
Yes, HATI. Ia semuanya bermula dari Hati, barulah timbul perasaan Berlapang Dada itu sendiri. Isn't right?

Bila kita sebut soal Hati, macam mana kita mahu berlapang dada dengan semua perkara yg berlaku di sekeliling kita?

Contohnya : KES 1 : Pasangan kekasih yang bercinta bertahun lamanya. Akhirnya PUTUS jua di tengah jalan.


Falling in love is so easy. Staying in love is a challenge.Letting go is the hardest part.


Well, its seems hard when we're broke up with someone that we're loved right?

Putus Cinta? Siapa yg tak sakit hati bila putus cinta.
Yang perempuan FOR SURE, yes I admit is as I'm a women too ; Mereka akan menangis,sedih,emo yang teramat sangat sangat.
Hati wanita sangat rapuh,lembut. 
Dan kpd kaum Adam, pabila mereka putus cinta mungkin pada luaran kasarnya mereka kelihatan ''Cool''.
Tapi,hakikatnya pada dalaman, mereka pun lemah jugak mcm manusia lain.
Inilah fitrah sunnahtullah yang telah Allah jadikan kpd semua makhluknya .

Terlupakah kita pesan hukama?

''Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia menjadi kencintaanmu pada suatu ketika.''

Sesetengah orang,mereka hilang kewarasan untuk berfikir guna akal disuluhi dengan Iman.
Ada yang sanggup bunuh diri sbb CINTA! MasyaAllah.
Bila kita putus cinta,ia sebenarnya bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang asasnya lahir dari Allah.
Putus Cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dgn positif.
Yes, memang pada awalnya kita sukar nak menerima hakikat.
Tetapi,percayalah.. Kita tetap ada Allah.
Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah adalah baik belaka, walaupun kadang-kadang belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita.
Namun,yakinlah pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.
Sebab sesuatu yang kita cintai,belum tentu membawa kebaikan kepada kita.
Manakala sesuatu yang kita benci,belum tentu memudaratkan kita.

Aku petik satu potongan dari firman Allah SWT :

''Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu.Sedarlah kamu tidak mengetahui,Allah-lah yang lebih mengetahui.'' (Surah Al-Baqarah:216)

Kadang-kadang kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita,hingga menempuh alam perkahwinan dan hingga akhir hayat.
Namun,sayang seribu kali sayang apa yang kita inginkan tu musnah hancur berkecai di tengah jalan.
Kenapa? Ayat diatas sudah menunjukkan segalanya.

''Kita merancang,DIA juga merancang..Tetapi rancangan DIA lebih UTAMA dari rancangan kita''

I bet, mesti orang yang putus cinta akan ckp ;
''Kenapalah aku yang kena? kenapalah aku yg tanggung semua ini''.

Why not, instead saying all those word, kita gantikan dan ucapkan ''Ye..Aku yang terpilih''.
Terpilih untuk putus cinta dgn manusia supaya bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan.
Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah.
Inilah hikmah disebalik kegagalan dlm bercinta. Dalam ujian kesusahan, selalunya manusia lebih mudah mengingatkan Allah.

Apa yang patut kita lakukan apabila mengalami semua ini?

1) Kembali kepada Allah
Alangkah indahnya jika orang yg frust cinta itu kembali kpd Allah secara SIHAT~ maksudnya,bukan sekadar merintih,mengadu,merayu atau minta mati segera.
Tetapi, tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yg sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan spt kekasih mengecewakan.
Oleh itu,belajarlah menjadi manusia yg berlapang dada :)

Yang penting,dalam apa jua sekalipun,iman mesti diletakkan didala HATI.
Ingat Tuhan, Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita.
Cinta itu bagai ''mata rantai'' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah :)

2) Satu Ujian
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dlm kehidupan.
Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ''sekolah'' yang besar.
Setiap manusia adalah pelajarnya.
Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup ini sebenarnya siri pelajaran yang tersusun rapi utk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Jika seorang datang membuat kita kecewa,maka dia adalah ''guru'' yg hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita sedang dikecewakan,itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlulah mengharap.

Begitulah seterusnya dlm apa jua keadaan,kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
3)Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan atau kesusahan sahaja.
Masing-masing drpd kita akan mengalamu pasang-surut dlm hidup.
Ada masa senang,dan susah.Sebab tu,dlm kehidupan ini,kita tak boleh terlalu gembira krn selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan.Begitu juga kita tak boleh terlalu sedih bila kesusahan krn mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yg menggembirakan.
Kalau kita sedar hukum Sunnahtullah,kita akan merasa tenang dlm hidup.Apabila kita ditimpa kesusahan,rasakan dlm hati.Ya..Selepas ini akan dtg kesenangan.Sabarlah hati.
Hakikatnya,tidak ada kesenangan dan kesusahan yg abadi didunia ini.Susah dan senang sentiasa silih datang kpd kita.
Therefore,
Fahamilah hakikat yg sebenar. Berlapanglah dada.

Apabila kita frust dlm bercinta,terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yg serba kena,serba senang dan serba mudah.

Aku memetik kata-kata pujangga ;
''Sesungguhnya orang yg berkali-kali gagal bercinta,pada suatu saat akan bertemua jua Cinta sejati yg ditunggunya!''

Dan quotes by Puteri NurDini;
''Kalau kita berusaha menjadi baik,mudah-mudahan Allah akan bukakan pintu laluan untuk pasangan yang terbaik buat kita'' . Have a Faith with Allah :)

''Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik pula diciptakan untuk wanita yang baik''.
(An Nur :24:26)












Wednesday, October 12, 2011

PART1 - ALLAH Akan Mengganti Yang Lebih Baik

Assalamualaikum :)
Lepas je subuh, aku dah bangun and kerje menyidai baju di ampaian bermula~
Well, since almost 2 weeks semester Holiday, HEAVEN betul la ;)
Menghabiskan sisa-sisa cuti semester dgn sebaiknya :)
Dan pagi ni,tergerak nk post something here.
See tajuk diatas? ALLAH Akan Mengganti Yang Lebih Baik :)
Actually,aku nak share-kn sedikit ilmu dari Buku LA TAHZAN karya Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
LA TAHZAN -Jangan Bersedih.Segala Kesulitan Pasti Ada Kemudahan.
I bet,mesti ramai dah beli buku ni kan?

Harga buku ini just RM29.00 and korang semua boleh dptkannya di semua kedai buku yg berhampiran.
Time aku nak beli,selalu je sold-out kot.
So, member aku Faeizah Asmuzi yg tolong belikan.Thanks Fafa :)
Ok,back to the main point; aku rasa nak share sedikit ilmu dan isi dlm buku ni.
InsyaALLAH,ia akan bg manfaat bg aku sendiri merangkap Tuan punye buku ;) hehe.
Dan bg manfaat utk followers and semua pembaca diluar sana.
Ilmu yg baik,kita sebarkan dan kongsikan bersama ok :)
Aku amik sebahagian yg aku faham dan cuba permudahkan tiap kandungannya utk kemudahan bersama.
Mudah-mudahan pahala mengalir setiap yg ingin aku kongsikan.
Menulis keranaNYA,bukan kerana nama atau mengejar followers :) .Amin~

Bismillahirrahmannirrahim ..


Allah tidak pernah mecabut sesuatu dari anda kecuali DIa menggantikannya dengan yg lebih baik.
Tetapi,itu apabila anda bersabar dan tetap redha dgn segala ketetapanNYA.

Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya,lalu ia bersabar,nescaya akan Aku ganti dengan syurga. (Al-Hadith)


Siapa saja orang didunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya kemudian dengan cubaan yg Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga. (Al-Hadith)


Maka, anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda,sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga,balasan,pengganti,dan ganjaran yang besar.

Betapa pun,kita harus selalu melihat dan yakin bahawa disebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu,kita akan termasuk :

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari Rabb mereka,dan mereka itulah orang-orang yg mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:157)


Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin.Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga,barangsiapa didunia mendapat musibah,ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak;
dan barangsiapa hidup sengsara didunia,ia akan hidup bahagia di akhirat.
Lain halnya dgn mereka yg memang lebih mencintai dunia,hanya menginginkan kenikmatan dunia saja,
dan lebih senang pada keindahan dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja,sehingga mereka selalu memandang musibah sebaga petaka besar yang mematikan dan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yg gelap-gelita selamanya.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah,sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian.
Kalian beruntung kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kpd para hambaNYA dengan ''surat ketetapan'' yang di sela-sela huruf kalimahNya terhadap sesuatu kelembutan,kasih sayang,pahala,ada balasan dan juga pilihan.

Maka dari itu,siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat,ia harus menghadapinya dengan sabar,
mata yang jernih dan pola fikir yang panjang.
Dengan itu,ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah :

...lalu didirikanlah diantara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu,yang disebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan disebelah luarnya ada seksa (neraka) .... (Al-Hadid :13)


Dan sessungguhnya,apa yang ada disisi Allah itu lebih baik,lebih abadi,lebih utama dan lebih mulia.



Friday, September 2, 2011

Siapalah KITA untuk MENGELUH?

Assalamualaikum :)
Saya bukanlah seorang yang sukakan kesedihan.
Fitrah manusia, sukakan kebahagiaan dalam kehidupan mereka bukan?
Jikalau saya tersenyum,tidak bermakna hati saya turut tersenyum dan ketawa.
Terkadang,sebuah senyuman dapat menutup rasa sedih didalam hati.
Tapi,apakah daya. Ujian demi ujian dihadapi.
Terkadang, tak kuat mengharungi.
Terkadang, rasa tersungkur,bangun kembali. Teruskan melangkah.
Terkadang, Air Mata ni sudah menjadi sebati buat diri ini.
Bukan ingin menunjukkan diri ini lemah dihadapanNYA.
Tapi, air mata ni hanyalah peneman diri.
Tapi, saya kuatkan semangat jua menghadapinya.
Saya tidak sanggup melihat ibu  saya mengalirkan air mata.
Biarlah saya menggantikan tempat ibu untuk menangis lagi.
Kerana, saya mahu ibu terus tabah dan kuat.
''Ma.. Jangan sedih..Along selalu disisi Ma''. 
Saya tidak berhenti berdoa, memohon,mengadu kepada Illahi.
Hanya Allah sahaja yang setia mendengar keluhan resah hati ini.
Hanya Allah sahaja yang  selayaknya mengetahui apa yang telah direcanakan olehNYA.
Ya Allah,jauhilah saya dari terus mengeluh apabila diterima musibah.
Sesungguhnya saya adalah golongan yang terpilih untuk menerimanya.
Cekalkan hatiku,berikanlah saya dan ibu saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.
Semakin kuat diuji semakin bertambah kecintaan kami kepadaMU .
Saya pasrah,redha. Saya tidak akan berhenti mendoakan kebaikan ayah saya.
Baik buruknya ayah kita, siapalah kita untuk menghukum.
Semoga Ayah saya selalu diberi hidayah olehMU Ya Allah .



Air Mata bukanlah tanda kelemahan, tapi dijadikan
 oleh Sang Pencipta dgn seribu hikmah.


LA TAHZAN~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...