Tuesday, November 8, 2011

Orang lain korbankan TERNAKAN, tapi APA YANG KITA TELAH KORBANKAN? ~

Bismillah ... Assalamualaikum :)

Hari ini 8/11/2011 bersamaan 12 Zulhijjah. Well, tak terlambat aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil'Adha kpd semua umat Islam :)
For sure, Ibadah korban menjadi acara wajib dalam kalendar Islam.
Kepada mereka-mereka yang berkemampuan membuat ibadah korban tak kira lah kambing,lembu ke, Syukur Alhamdulillah. Semoga ibadah korban kalian semua diterima disisi Allah S.W.T, InsyaAllah :)

Btw, Aku tertarik nak kongsikan disini tentang apa yang aku dengarkan di Radio IKIM di dapur.Time tu, aku dok sibuk sibuk menyiang ayam,daging kat dapur.Prepare utk masakan hari raya laa kan ;)  #Rajinkan?;p
So, kpd semua umat Islam yg selamat menjalani ibadah korban ;
 Ingatlah, jadikan ibadah korban itu seIKHLAS HATI hanya kerana Allah.
Allah jua lah yang mengukur keikhlasan kita.. Apa yang kita sedekahkan dan infakkan semata-mata hanya kpd Ya Khaliq Yang Maha Agung .

Korang semua tahu ape peristiwa yg berlaku dlm bulan Zulhijjah ni?Mungkin ade yg tahu, dan ade yg terlepas pandang.

 Here, I list some of the important events happen throughout in Zulhijjah :)

1) Kenape aku ckp ibadah korban lembu,kambing,dan seangkatan dengannya harus WAJIB IKHLAS krn Allah Taala? well, kite patot jadikan #Kisah Qabil & Habil sbg PENGAJARAN.

Kisahnya bermula apabila Nabi Adam mahu menjodohkan kedua-dua Putera hatinya itu dimana Qabil akan dikahwinkan dgn Lubda gadis yg buruk dan tidak cantik. Berbeza pula dgn Habil yg akan dikahwinkan dgn Iqlima gadis yang cantik. Qabil tidak berpuas hati dan ayahnya Nabi Adam tlh m'ambil keputusan utk menyerahkan perjodohan itu kpd Tuhan utk menetukannya. Caranya ialah bahawa masing-masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kpd Tuhan dgn catatan bahawa barang siapa diantara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.
Then,api yg besar turun dr langit menyambar kambing binatang korban Habil manakala karung gandum kepunyaan Habil tidak tersentuh sedikit pun.

#Moral ; Keikhlasan hati utk Ibadah korban kite hanya diukur oleh Allah Taala jua.

2) Seutama-utama Hari adalah HARI ARAFAH






Post status ini aku buat pada hari Jumaat,4 Nov 2011 iaitu sehari sebelum Hari Arafah. Yes,tak salah kan kite mengingati antara satu sama lain demi kebaikan bersama :)

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,;
Puasa pada hari Arafah akan dpt menghapuskan dosa setahun yg lalu dan setahun yg akan datang. See, Allah itu Maha Pengampun :) Sudah terang lg bersuluh Allah janjikan begitu,kenape kite tak mahu mengambil peluang itu kan? Alhamdulillah aku slmt berpuasa pd hari tersebut. Mudah mudahan,ibadah puasa aku diterimaNYA. Kpd yg terlepas utk berpuasa, jgn kecewa..Mungkin takde rezeki and akan dtg kite boleh amik peluang yg lain ok :)

Daripada Ibnu 'Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda. tiada suatu hari pun,amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini iaitu 10 Hari Zulhijjah.
Oleh yg demikian, perbanyakkanlah padanya tahlil,takbir dan tahmid memuji Illahi :)

3) Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari Raya Haji dan Hari-hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah).


Ini merupakan sunah Nabi Ibrahin a.s setelah Allah swt mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Mcm yg aku ckpkan di awal mukadimah tadi, Ibadah korban kite tu haruslah,WAJIBulghunnah IKHLAS krn Allah. Bukan utk menunjuk-nunjuk ok,sbb its NO POITS in the eyes's of Ya Khaliq.
And 1 more thing, aku ade terdengar usrah dkt Tanyalah Ustaz di TV9;


IBADAH KORBAN KITA AKAN MENJADI TUNGGANGAN KITA MENITITI TITIAN SIRATULMUSTAQIM DI AKHIRAT KELAK :) 


Subhannalah,beruntungnya dan bersyukurlah kpd sesiapa yg berkemampuan utk mengerjakan ibadah korban ini.
Bagi kite yg tidak mampu, mungkin hari ini bukan rezeki kite utk melakukan ibadah korban ini, InsyaAllah akan dtg,kite mampu utk melaksanakan.. #Aminnnn :))




4) Kisah ADAM & HAWA bertemu di PADANG ARAFAH


I bet of course kite sume tahu kan ttg wukuf di Arafah? ok,kpd yg terlupe, wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu zohor) 9 Zulhijjah sehingga sblm terbit fajar waktu subuh 10 Zulhijjah.


And 1 more thing ; keadaan di Arafah di gambarkan sbg replika di Padang Masyar saat manusia dihisab kelak . Subhanallah. #I wish I could be HERE SOMEDAYS, InsyaALLAH :))
Korang nak tahu ape peristiwa berwukuf di Arafah?


Actually, peristiwa ini dimana Adan dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan didunia dan mengambil masa 40 Tahun utk bertemu semula! Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Thats why, Padang Arafah ini menjadi tempat kite menyesali segala dosa yg pernah kite lakukan dan di situlah kite boleh memohon pengampunan daripada Allah :)


*******


Diatas tadi itu adalah sedikit peristiwa yg berlaku yg boleh kite jadikan panduan bersama. Mungkin dari segi kata lain, kite boleh berkorban dari konsep yang berbeza tetapi membawa satu pengertian yg besar ;


1) BERKORBAN meninggalkan KESERONOKAN dunia yg SEMENTARA








As a Muslimah/Muslim , i bet all of us must always remind ourselves to follow in the pathway of Islam right? Yes, KESERONOKAN tu best, tapi tu sementara aje. Yang SERONOK laa kite susah nak ubah and buang kan? *sila angguk kalo korang setuju ;)


Perlahan-lahan kite ubah keburukan yg kite selalu buat. Dari cas terminal negative (-ve) ke positive (+ve) . Contohnya, kalau sebelum ini kite teramatlah LIAT mahu solat SUBUH, why not we change our BAD BAD ATTITUDE tu. Take INITIATIVE mcm MAKE ALARM SET in our phone yg Blackberry,Iphone bagaii tu.. Bukan susah nk berubah,asalkan ade NIAT dan USAHA yg istiqamah ok :) 


******


Ok lah, akhirnya selamat jugak aku siapkan entry ini setelah lame tak meng-update blog yg dah penuh bersawang ni #puihh. hehe ;)
Ape yang aku kongsikan ini adalah sbg renungan kite bersame.


p/s : Yang baik itu datang dari Allah, Yang Buruk itu datang dari aku sendiri hamba yg kudus.
          Salam Aidiladha semua :))





Wednesday, October 12, 2011

PART1 - ALLAH Akan Mengganti Yang Lebih Baik

Assalamualaikum :)
Lepas je subuh, aku dah bangun and kerje menyidai baju di ampaian bermula~
Well, since almost 2 weeks semester Holiday, HEAVEN betul la ;)
Menghabiskan sisa-sisa cuti semester dgn sebaiknya :)
Dan pagi ni,tergerak nk post something here.
See tajuk diatas? ALLAH Akan Mengganti Yang Lebih Baik :)
Actually,aku nak share-kn sedikit ilmu dari Buku LA TAHZAN karya Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
LA TAHZAN -Jangan Bersedih.Segala Kesulitan Pasti Ada Kemudahan.
I bet,mesti ramai dah beli buku ni kan?

Harga buku ini just RM29.00 and korang semua boleh dptkannya di semua kedai buku yg berhampiran.
Time aku nak beli,selalu je sold-out kot.
So, member aku Faeizah Asmuzi yg tolong belikan.Thanks Fafa :)
Ok,back to the main point; aku rasa nak share sedikit ilmu dan isi dlm buku ni.
InsyaALLAH,ia akan bg manfaat bg aku sendiri merangkap Tuan punye buku ;) hehe.
Dan bg manfaat utk followers and semua pembaca diluar sana.
Ilmu yg baik,kita sebarkan dan kongsikan bersama ok :)
Aku amik sebahagian yg aku faham dan cuba permudahkan tiap kandungannya utk kemudahan bersama.
Mudah-mudahan pahala mengalir setiap yg ingin aku kongsikan.
Menulis keranaNYA,bukan kerana nama atau mengejar followers :) .Amin~

Bismillahirrahmannirrahim ..


Allah tidak pernah mecabut sesuatu dari anda kecuali DIa menggantikannya dengan yg lebih baik.
Tetapi,itu apabila anda bersabar dan tetap redha dgn segala ketetapanNYA.

Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya,lalu ia bersabar,nescaya akan Aku ganti dengan syurga. (Al-Hadith)


Siapa saja orang didunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya kemudian dengan cubaan yg Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga. (Al-Hadith)


Maka, anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda,sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga,balasan,pengganti,dan ganjaran yang besar.

Betapa pun,kita harus selalu melihat dan yakin bahawa disebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu,kita akan termasuk :

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari Rabb mereka,dan mereka itulah orang-orang yg mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:157)


Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin.Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga,barangsiapa didunia mendapat musibah,ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak;
dan barangsiapa hidup sengsara didunia,ia akan hidup bahagia di akhirat.
Lain halnya dgn mereka yg memang lebih mencintai dunia,hanya menginginkan kenikmatan dunia saja,
dan lebih senang pada keindahan dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja,sehingga mereka selalu memandang musibah sebaga petaka besar yang mematikan dan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yg gelap-gelita selamanya.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah,sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian.
Kalian beruntung kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kpd para hambaNYA dengan ''surat ketetapan'' yang di sela-sela huruf kalimahNya terhadap sesuatu kelembutan,kasih sayang,pahala,ada balasan dan juga pilihan.

Maka dari itu,siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat,ia harus menghadapinya dengan sabar,
mata yang jernih dan pola fikir yang panjang.
Dengan itu,ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah :

...lalu didirikanlah diantara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu,yang disebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan disebelah luarnya ada seksa (neraka) .... (Al-Hadid :13)


Dan sessungguhnya,apa yang ada disisi Allah itu lebih baik,lebih abadi,lebih utama dan lebih mulia.



Sunday, October 2, 2011

Selamat Tinggal Semester 4, Pergilah MEMORI

Assalamualaikum :)
When September ENDS, Hi OCTOBER! ;)
Hari ini dah masuk hari ke-3 aku start cuti semester. Well,paper Last exam aku hari tu abes pd 29/9.
It seems so tough double triple exam weeks! Dgn subjek Law,PAD,Statistics.
Ohh, Alhamdulillah sume paper dah selamat ku redah.haha.
Tunggu jela result exam ok.Hopefully, everything is ok :)
Selamat Tinggal SEMESTER 4!
 Yes, next sem adalah semester TERAKHIR wt aku
di UiTM Melaka :) can't wait to finish it!

Selamat Tinggal Semester 4. Mcm-mcm dugaan semester ini dr segi pelajaran, and etc.
Alhamdulillah, sumenye dpt aku tempuh dgn penuh gagah *cewahh gagah gitu!
Hari Khamis hari itu 29/9 hari last aku dan mereka-mereka ; Miza,Nuzul,Shima menjadi penghuni di Tmn Lendu Bakti.
Well, we'll gonna Miss rumah sewa kami yg agak BESAUU and selesa :)
sgt selesa, sampai tak mahu pindah tau nextsem.
Tp,apakah daya rumah tu JAOHH sgt. terpaksa kitorang sewa rumah yg lagi dkt dgn kampus.
And to Aunt Zah merangkap ibu yg sudi menghantar kami ke kampus,
Terima kasih Aunt. Yg terkurang slh tu kami sume dah maafkan. hehe.
Dan utk semua kenangan semester ini, Puteri nak buang jaoh2 boleh?
Yang pahit tetap dlm ingatan, yang manis akan terus aku kenang :)
*****

SELAMAT TINGGAL MEMORI .

Selamat Tinggal utk semua episod cinta, sedih, ketawa,duka, gembira saat aku dan Si Dia .
Semakin aku cuba lupekan semakin sebak hati aku.
Yet, i'm still the ''kapas'' one :'(
Kenapelah susah kan nak melupakan.
Maybe aku bkn sesetengah girl yg lain. Senang melupakan.
Esy come,easy go.
Nope,i'm totally not like that.
Sekarang aku masih lagi cuba istiqamah dlm solat Istikharah.
Mudah-mudahan aku dpt jawapan yg pasti dan tetap.
Aku tak mahu punyai hati yg berdolak-dalih.
You know what, if u still have feel ''doubt'' feeling,its mean u need to continues such as istikharah in solat.
Dan skrg, aku masih lagi istiqamah dlm membuatnya.





Terima Kasih buat sahabat-sahabat yang menemani aku saat aku sedih.
Kadang-kadang aku tak pandai nak mengadu.Bukan apa, biarlah aku rasakan ia sendiri.
Kepada sahabat handai baik aku, nasihat korang semua akan aku simpan dan cuba ikuti.
Aku memetik kiriman 1 SMS dari ex- junior kolej aku yang telah dia kirimkan kpdku sblm ini.

''Bila Engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
Yang menciptakan segalanya..Yang menimpakan Ujian,
Yang menjadikan Sakitnya hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu..
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, Retaknya hatimu,
Tetapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu HATI yang sebeginilah yang
selalunya lebih lunak,mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..''
(By; Lia,2011)

Hati aku jadi sayu. Ya Allah, saat aku kehilangan Adam yang aku sayang,
Adam yg selama ini yang aku impikan untuk bersama hingga ke ikatan yang lebih sah.
Namun, itu semua tinggal hanya kenangan.
Kita hanya merancang, DIA juga merancang.
Tetapi rancangan DIA lebih utama dari rancangan kita .
Pabila aku kehilangan begini, baru ku sedar.Allah tu maha memberi Hidayah.
Mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu yang aku tidak nampak.
Allah nak aku lebih dekat kepadanya..
Hati aku merintih saat aku berteleku menghadapNYA.
Ya Allah,ampunkan kekhilafan aku dahulu jika aku pernah jauh darimu.
Aku manusia biasa terkadang jatuh dlm bisikan syaitan.
Sekarang ,aku makin tenang.
Walau tanpa si dia, walau kdg2 hati aku teringatkan dia,
walau kdg2 aku pernah terbayang wajahnya, cepat cepat aku kuatkan semangat aku untuk melupakannya.
Bukan ku tak mahu menerima kenyataan..Tapi hati aku pedih,kecewa yang amat.
Kenapa,kenapa dan banyak persoalan yang berligar difikiranku.



Aku sering menangis,bukan bererti aku lemah yang amat.
Aku menangis bukan bererti aku tidak kuat menempuh dugaan.Tapi,aku menangis kerana itu adalah naluriku . sifat kewanitaan yang sgt mudah tersentuh.Maafkan aku YA ALLAH kerana seringkali menitiskan air mata.


****
Aku terbaca satu post ini;  Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis.?
JwbNYA :Kerana wanita itu unik..Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa..Ku kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya..Ku lembutkan hatinya utk memberi rasa aman..Ku kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia..Ku teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah..Ku beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun..Ku kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman.. walau disakiti oleh orang yang dia sayangi..Wanita mahluk kuat.. tapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.." WANITA.. KAMU ISTIMEWA " :)


****
Dan untuk sekalian kalinya, aku dah tiada air mata lagi nak  ditangisi.Each night, I taste the PUREST OF PAIN .Cukuplah untuk semester ini.I'll move forward with  a new hope.ALLAH, please show me a right way.
''Subhanaka 'ilma lanaa Illa Maa 'Amaltanaa Innaka Antal 'Aliimulhakiim''''Maha Suci ALLAH, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kpd kami,Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha  Bijaksana''
(Petikan bacaan sujud dalam solat Istikharah)
ok la, off here.Buibui~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...