Wednesday, April 4, 2012

Usah Berputus Asa dengan Rahmat Allah

Assalamualaikum ..Bismillahirrahmannirrahim. Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :)

Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yg telah dilakukan,
Ketika harapan dirasakan tiada lagi , sebenarnya ia bukan penamat untuk kita berubah dan memperbaiki diri.
Saya telah melalui pengalaman dimana teman baik dan org yg pernah disayangi telah 'Jauh' dari Allah.
MasyaAllah, rasa sayu, rasa hiba bila mereka pernah lari dari landasan DIA. Tapi,sedikit pun tidak saya merendahkan mereka,bahkah saya cuba memberi semangat dan suntikan ilmu Agama kpd mereka.
Ketika saya cuba menolong mereka,saya cuba letakkan diri saya di tempat mereka.
Menjadi teman bukan sekadar teman yang berada disisi ketika gembira dan sedih, tetapi menjadi Teman yang boleh menegur kalian ketika terleka, mengingatkan kalian bila terlupa.
Dan hari ini, saya terpanggil untuk coretkan sesuatu di sini dan diharap pembaca dapat manfaat dari apa yg saya cuba sampaikan.

********
Hakikatnya, kehidupan kita melalui pelbagai ujian . Dari sekecil-kecil ujian, bahkah sehingga Ujian yang besar, Allah menguji tiap hambanya.
Selagi bernyawa,kita tidak terlepas daripada membuat kesalahan yg mengundang dosa.
Cuba bagitahu kpd saya, adakah dari kita terlepas dari membuat dosa? Ya,kita bukan semaksum Nabi Saw,tapi kita boleh berusaha utk menghidari dari melakukan dosa, dan meningkatkan Iman dan Taqwa kita hanya pada Ya Rabb. Tapi, bila dgn terpalitnya dosa didalam diri kita, ia bukanlah penamat segalanya.

Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Illahi.
Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah.
Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara.
Jika zaman jahiliah akal terasa kosong dengan ilmu dan panduan utk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dgn risalah wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kita mampu lunturkan dan padamkan secara bertahap.
 Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Illahi sentiasa maju ke hadapan.
Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

Ingin saya petik Maksud Surah Az-Zummar ayat ke-53, ''Beritahu kepada hamba-hambaku,katakanlah wahai hamba-hamba Allah yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka , Jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah, Jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah, Allah mengampunkan segala dosa.

Pintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk DIA mengampunkan orang yg berbuat dosa pada waktu malam, dan Allah buka pintu keampunan pada waktu malam untuk DIA mengampunkan orang yang berbuat dosa pada waktu siang. 
Usah berputus asa dengan rahmat Allah, Teruskan perbaiki diri.


Ini adalah potongan Surah Al-A'raaf  , dimana dibaca oleh Nabi Adam untuk memohon keampunan dan taubat dari Allah.
Kita juga boleh amalkan potongan ayat ini dalam kehidupan seharian kita bg membersih segala noda-noda hitam yg pernah terpalit ,insyaALLAH Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang , dan usah berputus asa dgn Rahmat Allah ^^


Islam seluas-luas pintu , didalam ajaran Islam adalah Pintu Taubat.
Allah menyatakan, ''Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya dari bumi hingga ke langit,  kemudian engkau istighfar, engkau pohon keampunan daripadaku, Aku ampunkan'' .



''Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kpd Tuhan tidak pernah tertutup''


Wednesday, March 21, 2012

Nikmat kita - #Prays for Syria





Assalamualaikum .. Bismillah ^^

Selasa , 20 Mac 2012. Hari ini genap kali ketiga saya selesai menduduki Final Exam utk subjet Local Government. Macam terlambat je kan saya nak post kat blog saya ni?Disebabkan kekangan masa, sy terpaksa batalkan niat utk post something disini..  Dan sem ni pun agak mencabar bila sy dan housemates terpaksa menapak jalan kaki ke Dewan Taming Sari yg nun di atas puncak dlm kwsn UiTM . Dugaan sem akhir , 3 papers terpaksa kami duduki kt dewan baru dibina di pucak atas tu... Kami tak ada transport nak pergi, so mengharapkan kudrat yg ada ni  dgn berjalan kaki utk menduduki peperiksaan.. Tapi,sy yakin ni baru dugaan kecil yg Allah beri kalau nk dibandingkan dgn dugaan org lain yg ditempuhi. Walhal Allah dah keluarkan sy dari pelbagai ranjau dugaan kan =.='.
Dan ,subjek yg penuh mencabar sem ni  yg semuanya subjek MEMBACA =,= . Dah menjadi adat budak Public Administration kena belajar subjek-subjek mcm ni. Kalau semester-semester sebelum ini, ada jugak la subjek mengira mcm Akaun,Macro,atau Business Maths. Tapi, bila dah jadi senior ni, subjek membaca yg makin tinggi code-nya ,dan wajib kami tempuhi =,=' . 
Tapi, itu semua tak menjadi kudis pun bagi sy utk terus menamatkan semester akhir ini dgn jayanya ,mudah-mudahan.. 

Jadual Exam yg agak comot =.='
3papers exam need to be seat!

Subjek IR ni byk Akta-akta nk hafal dlm Industrial Relations Act dan Trade Unions Act. so,terpaksa buat nota kaki utk menghafal tiap fakta-faktanya. Lain org,lain cara belajarnya kn? :)


Makanan penerang hati :)
Ni pulak nota kaki subjek LAW.mcm bkn nota ringkas pulak kan? serius,buat nota ringkas LAW bkn  senang yg disangka.. Tapi,Alhamdulillah sy yakin ada ibrah disebalik kesusahan ini =.='






Selawat ni dipesan oleh Ma saya ; Pn Diwi Bt Iman.
Masa ni Ma called sbb sy nervous sgt nk jwb paper LAW.
Ma call dan bacakan selawat ni dan sy  cepat-cepat salin.
Terima kasih Ma :)

Alhamdulillah 3 paper dah selamat sy duduki. 3 papers need to be go after this. Mudah-mudahan Allah limpahkan kejayaan atas daya usaha saya ^^ .


*******
Oh ye, dalam kita sibuk menjalani kehidupan kita, sy nk berkogsi sedikit tentang kemelut yang melanda Syria yg tak henti-henti dilanda dgn kezaliman oleh pemerintah yg diktator.
Sy bukanlah orang yg arif dlm membincangkan isu ini, tapi sy inginkan kongsikan sebuah artikel berkaitan tentang kezaliman yg berlaku di Syria utk tantapan pembaca semua.
  #Kemelut Syria(Sila Klik utk full Article)

Dan sy pn ingin berkogsi tentang sebuah lagu nasyid tentang Syria yg dinyanyikan oleh sekawan anak muda bergelar ODC yg  sedang menuntut di Universiti of Machester sempena persembahan di program Day of Islamic& Capitalism di Sheffield. Mesej dari lagu ini mungkin dapat kita jadikan renungan dan bukanlah setakat nyanyian sbg halwa ditelinga semata-mata. 
Memetik kata seorang ahli dlm kumpulan ODC ini ; ''nasyid bukanlah hiburan yang didengar sebagai halwa telinga, yang diulang-ulang dengar sehingga lalai dan lupa kepadaNYA,tetapi nasyid ialah hiburan santai yang diperdengarkan untuk tercetus rasa bertuhan sebagai hamba''. 



 p/s : Oh Dunia yg fana! Peperangan di mana-mana,
Sabarlah wahai saudara,
Peganglah dgn janjiNYA. 



Ingin saya petik sebuah Surah Ibrahim (14:34) ; '' Sekiranya kamu menghintung nikmat Allah, pasti kamu tidak dapat menghintungnya satu persatu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim serta tidak menghargai nikmat Tuhannya''. 


Apa yang dapat sy rumuskan,terkadang saya merasakan penderitaan rakyat di Syria itu jauh lebih besar rasanya jika nak dibandingkan dengan apa yang kita alami disini..
Sesungguhnya, bersyukurlah atas apa nikmat yg kita kecapi dan jgn pernah mengeluh atas apa yg menimpa kita.
Mungkin kita tak dapat menghulurkan bantuan spt mana yg orang lain berkemampuan membantu mereka, tapi dengan doa kita dapat titipkan mudah-mudahan
  saudara-saudara Islam kita disana agar mereka sentiasa tabah menempuh dugaan dan diberi naungan perlindungan oleh Allah. Ameen .

p/s : InsyaAllah, somedays I want to be a voluntarily for MERCY to help those who are in suffer. May Allah grant my dreams ^^

Sunday, February 5, 2012

Ia Milik AHMAD~ Sayangnya Nabi pada kita ^^

Assalamualaikum .. Bismillah ^^

Maaf, sudah lama blog sy ditinggalkan. Agak bersawang dan memerlukan vacuum utk membersihkannya ;) hehe.
Btw, spt yg semua org sedia maklum, hari ini ialah Hari Keputeraan Baginda , Jujungan Mulia Nabi Muhammad SAW 12 RabiulAwal :)
Selama mana kita bergelar  kita sbg Umat Terakhir baginda, selama itulah kita mendukung Baginda SAW sbg Penyelamat Manusia Sejagat :)

Tiap tahun,sudah menjadi kebiasaan buat msyrkt kita menjadikan amalan berarak sempena Maulidur Rasul kn? Alhamdulillah, teringat zaman sekolah dahulu saya pun salah seorang yg tak terlepas mengikuti perarakan sambil berselawat beramai-ramai sempena ulang tahun keputeraan Baginda :)

Tapi.. Tahukah kita saban tahun Baginda telah meninggalkan kita, namun nama Baginda tak pernah tertinggal dlm setiap sebutan kita kn? Baginda digelar pemimpin Agung sepanjang zaman dan patut dijadikan idola kita .

Nabi Muhammad sangat sayangkan kita..sgt sygkan umat Akhir Zamannya. Tapi,sejauh mana kita sygkan Nabi? Adakah hanya ucapan dibibir saja tapi tiada pengertian didalam Hati kita? Tepuk dada,tanyalah Iman :)

****
Dan hari ini sy ingin kongsikan tentang Ia Milik Ahmad ^^
Alhamdulillah,sy dpt juga beli buku karya Ibnu Rijal ini.
Mesti korang semua tertanya-tanya kan, siapa Ahmad tu?
Semoga apa yg hendak saya coretkan disini dpt manfaat utk kita bersama ok ^^

****

''Dan tidak Kami utuskan engkau ya Muhammad melainkan sebagai rahmat kpd seluruh alam''

    Ayat ini mungkin sudah selalu kita dengar pd setiap kali sambutan Maulidur Rasul..Tapi,kita faham tak apakah makna tersiratnya? Sebenarnya, keamanan, kesejahteraan, keindahan seluruh alam maya ini serta apa yang ada didalamnya adalah anugerah Allah SWT krn rahmatNYA kpd Rasulullah SAW.
    
   Pernah tak korang membaca kisah ayahahanda kita,Nabi Adam a.s ? Buat pengetahuan korang, selepas Nabi Adam dibuang ke dunia, baginda kembali mendapat keampunan dari Allah SWT, tapi pernah tak kite terfikir apa yang membuatkan baginda diampunkan? Ya, ada DOA tersebut didalam Al-Quran ; 
     

Namun,ada kisah disebalik kisah Nabi Adam diampunkan oleh Allah SWT berhubung kait dgn Nabi Muhammad SAW sbg rahmat sekalian alam. Begini, ketika Nabi Adam memohon ampun kpd Allah SWT, baginda berdoa, ''Ya Allah, demi kemuliaan Muhammad, ampunkanlah dosaku..''

Allah SWT bertanya kpd Nabi Adam,''Bagaimana engkau kenal Muhammad, sedangkan dia belum aku ciptakan?''. 
Kata Nabi Adam,''Aku pernah tertulis disinggahsanaMU, 'TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PERSURUH ALLAH'', jadi,pasti dia insan yang mulia hingga Engkau meletakkan namanya selepas namaMU.'' 
Allah SWT membenarkan kata-kata Nabi Adam itu,kemudian mengampunkan baginda berkat dari rahmat Muhammad SAW.


Dalam suatu hadis riwayat Qatadah ibnu Nu'man, Pada suatu hari Nabi Musa a.s berdoa kpd Allah SWT,
''Ya Allah,didalam kitab Taurat ini, ada diceritakan satu umat yg terbaik yg pernah dikeluarkan dalam kalangan manusia,jadikanlah mereka itu umatku.''
Allah SWT menjawab,''Ia milik Ahmad.''
Nabi Musa berdoa lagi,''Ya Tuhanku, didalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yg terakhir dikeluarkan ke bumi dan mereka pua yg pertama memasuki syurga, jadikanlah mereka itu umatku.''
Allah SWT menjawab,''Ia milik Ahmad.''
Nabi Musa berdoa lagi,''Ya Tuhanku, didalam kitab ini ada diceritakan tentang umat-umat sebelum mereka dan mereka terpilih utk menghadapi Dajal, jadikanlah mereka itu umatku.''
Allah SWT menjawab,''Ia milik Ahmad.''
Nabi Musa berdoa lagi,''Ya Tuhanku,''Ya Tuhanku,didalam kitab ini diceritakan ttg umat yg mendapat kebajikan pahala hanya dgn berniat dan jika mereka melakukannya pula, ganjaran itu akan digandakan dgn seratus kali ganda kebaikan, jadikanlah mereka itu umatku.''
Allah SWT menjawab,''Ia milik Ahmad.''
Lalu Nabi Musa meletakkan kitabnya disebelah dan berdoa,''Ya Allah, jadikanlah aku umat Ahmad.''
Hebatkan? Kerana hebatnya nabi kita,Muhammad SAW,(Allah memanggil baginda sbg Ahmad), kita turut menerima tempias kemuliaan. Betapa besarnya jasa Baginda SAW kpd kita.


12 RabiulAwal, itulah tarikh keramat seorang insan yang agung dilahirkan ke arah muka bumi. Mari kita imbas kembali kisah dakwah Baginda SAW. Semasa Rasulullah SAW berdakwah kpd penduduk Ta'if, baginda dilempar dgn batu dan najis. Namun baginda tetap senyum dan bersabar.
 Lalu Jibrail turun dan bertanyakan kpd baginda, ''Bukit yang mana yang engkau mahu aku lemparkan kpd mereka Ya Rasulullah?''
Rasulullah SAW menjawab,''Tidak perlu ya Jibrail,sesungguhnya mereka masih belum mengerti.''
Jibrail berkata lagi,''Tetapi mereka menghinamu ya Muhammad.''
Baginda menjawab,''Tidak mengapa,jika mereka tdak mahu beriman,mungkin nanti anak-anak mereka akan beriman.''
Hebatkan perjuangan baginda? Benar,kita ambil contoh Abu Jahal adalah musuh no.1 Islam. Siapa anaknya?
Ikrimah ibn Abu Jahal, seorang Islam malah perawi hadis! Benarkan kata-kata baginda kpd Jibrail tadi?


******
Kita semua ingat lagi tak peristiwa hijrah? Iaitu semasa Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda?
Pernah tak kita kaji, mengapa malam tersebut Saidna Ali ke rumah bagnda? Sebenarnya, baginda menyuruh Saidina Ali memulangkan semula semua barang-barang milik orang kafir Makkah yg diamanhkan oleh mereka utk disimpan Rasulullah SAW. Boleh tak kite bayangkan, betapa hebatnya pekerti baginda hinggakan musuhnya yg mencaci maki baginda tapi dlm masa yg sama menyimpan brg2 berharga mereka kpd baginda? Malah, brg2 mereka sedikit pun tidak dirosakkan oleh Rasulullah SAW biarpun mereka tak berhenti dari menyakiti Rasulullah SAW. Mengapa kita solat 5 waktu shj? Itulah keringat susah payah baginda berulang-alik ke langit ke-7 memohon kpd Allah SWT agar dikurangkan waktu solat. Utk siapa? Adakah utk baginda? Sudah tentu tidak krn baginda bersolat sehingga bengkak kaki baginda. Jadi? Utk siapa? Ya, Untuk KITA! Umat baginda yg tercinta ^^


******
Baginda tidak pernah lekang dari mendoakan kesejahteraan untuk kita, setiap masa dan ketika baginda merindui kita. Suatu hari baginda termenung, senyum lalu menangis. Sahabat bertanya, ''Mengapa ya Rasulullah? ''.
Baginda menjawab,''Aku teringat akan umatku yg hidup di akhir zaman kelak, mereka tidak pernah melihatku, namun masih lagi setia bersolat dan beribadat serta cinta padaku.''
Tinggi Cinta baginda kpd kite, sehingga disaat kewafatan baginda, Jibrail turun dan menyatakan, ''Semua pintu syurga sedang terbuka utk menyambut rohmu yang mulia ya Muhammad. Para Malaikat semuanya sedang bersiap-siap utk menyambutmu.''
Kata-kata Jibrail itu langsung tidak menggembirakan Rasulullah SAW. Lalu baginda bertanya pula,''Apakah jaminan utk umatku?''.
Jibrail menjawab,''Pintu Syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya.''
Jawapan Jibrail itu barulah membuatkan Rasulullah SAW tersenyum. Baginda sedikit pun tidak memperdulikan tentang nikmat untuknya,tetapi hanya memikirkan utk kesejahteraan kita sepanjang masa, hingga nyawa baginda sudah sampai hujung pun masih menyebut nama kita.


******
Dan hari ini, cuba kite tanya diri kita..Apa yg sudah kita buat utk Rasulullah SAW? Setelah pengorbanan dan kasih tak berbelah lagi yg dicurahkan kpd kita,apa balasan kita? 
Sayangnya Nabi kpd kita, sewaktu di padang Masyar, Nabi menangis melihat umat Akhir zaman..
Sayangnya Nabi kpd kita, baginda pernah berdoa agar semua kesakitan maut kita dikumpulkan dan ditimpakan ke atas baginda seorang sahaja dan biar kita tidak merasa langsung sakitnya maut.
Untuk siapa baginda berbuat semua ini? UNTUK KITA!


So,mcm mana kita nk tunjukkan sayangnya kita pada Nabi? Jgn kita sekadar ucapkan, ''Ya..Aku syg Nabi.'' Tapi aku tak buat apa-apa pun utk Nabi..Malah aku byk melakukan kemungkaran.. MasyaAllah.


Kalau kita sayang Nabi,Perbanyakkanlah berselawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dgn sebanyak-banyaknya. Jadikan Sunah Rasulullah sbg ikutan kita. Jadikan Al-Quran dan As-Sunah sbg pegangan hidup kita, nescaya kita takkan lari dlm landasan Allah, InsyaALLAH ^^


Salam Maulidur Rasul , semoga apa yg saya coretkan disini dpt dijadikan perkongsian bersama buat kita. Yang Baik itu datangnya dari Allah, dan yg Buruk itu datangnya dari saya sendiri hamba yang lemah.


p/s : Allaahumma solli'alaa Muhammad ^^ . Nabi Muhammad berpesan; ''Sesiapa mengucapkan selawat ke atas diriku, maka Malaikat mendoakan baginya selama mana dia mengucapkan selawat bagiku. Maka terserahlah kpd hamba pada waktu itu, adakah dia mengucapkan sedikit ataupun banyak.''
''Sesiapa mengucapkan selawat bagiku dalam sebuah kitab, para Malaikat sentiasa memohon ampun baginya selama nama-namaku tercantum dalam kitab itu.'' ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...