Thursday, May 26, 2011

Selamat Datang Semester 4

Assalamulaikum .
Results exam dah kuar smlm. cuak , bimbang, takut2 ade repeat.
 alhamdulillah :) NO Repeat at all.
Pass with flying colours ..colours sgt laa kn. T_T . Still  maintain the cgpa. cume kecewa  dgn macro.
Biarlah, Past is past . Kadang-kadang apa yg kite harapkan tak dpt.. Tp,jangan risau.. Allah bagi kita rezeki yg lain kn ? so, Syukur alhamdulillah atas ape yg aku dpt :)
For mydearest friend - Nuzul, Miza , Shima , Faeizah, Dayah, bdk2 clas E and sume sume tu, tahniah utk results korang!
for  the Dean List ; Congrates btw :) 
Bye bye LAW, bye bye Macroeconomics, Bye2   PAD214,And mostly Bye2  KOKO ..haha
NO koko dis coming sem ;) i loikee. 

*****
Selamat Datang semester 4 :)
even hati tak rela tinggalkan umah ,sabtu ni Wajib ,wajibulghunnah ... aku kena dftr balik ke kampus.
New semester , new determination. 
Rase mcm kejapp je belajar. pejam celik, pejam celik, aku dah sem 4.
Masa sgt cpt kn? mcm tak cukup je ilmu yg aku dah belajar selama ni.
aku cube mencari kekuatan utk teruskan semester ini.
Terima kasih Ma , masih menjadi NADI along.. Pendorong along ,teman setia along :) 



 *Life is not a bed of roses, so never give up !
Work Hard , Never Hurt .

Friday, May 20, 2011

DIA - Putera Ahmad Al Ambari

                          Assalamualaikum :)
Salam Hari Jumaat , Penghulu segala hari '' Saiyyidul Ayyam'' :)


* Ini Pasport aku , bye bye Malaysia ;) 

Hai , sudah baca tajuk entry diatas? Jgn terpedaya ok, gambar pasport diatas bukan milik Puteri NurDini :'( 
huahua.. tp, milik DIA- PUTERA AHMAD AL-AMBARI :)
Hari ini terdetik aku nk tulis something kat blog ni.
Aku rindukan adik aku.. PUTERA AHMAD AL-AMBARI :)
Amer ; mesti kau rasa geli-geleman heh bila Along rinduu kau? hehe ;)
aku panggil dia ''Amer'' aje sbb name betul dia tu panjang sgt..  dulu masa kecik2, dia paling suka melalak ,menangiss guling-gulingg, kememeh tahu! then ada sorang makcik tu (kwn Ma) aku yang bagi name ''AMER''tu kat dia.. so, melekatt la name AMER tu sampai skrg ;) . sampai FB dia pn letak ''PUTERA AMER'' .


* This passport belong to Putera Ahmad Al- Ambari :)



7May -  Ini last date dia jumpa aku setelah berapa bulan dia xjumpa aku. yelaa, masa aku tgh bz final exam, dia pn bz dgn hal belajar dia. Dia di ALAM Sg.Udang Melaka, aku di UiTM Alor Gajah. Mmg kami satu negeri yg sama, tp bila ada kesempatan dia dtg kampus aku, baru laa kitorang dpt borak sama sama. Jadual belajar kami yang sangat sangat berbeza menyebabkan kami jrg berjumpa.

 Amer balik 7 Mei lepas pn sbb dia nk tunjukkan dkt kami sekeluarga yg dia dah ada  PASPORT ke Luar Negara. wahh , suka dia :) Amer ckp, dlm Bulan Ogos ni, dia akan belayar (sailing) ke oversea. Dia menjalani praktikal selama setahun dinegara orang, dan akan kembali belajar selama Setahun lagi di Akademi Laut Malaysia . 3tahun, masa Amer akan dihabiskan disana, untuk mengenggam Diploma Nautical Studies dan menjadi seorang kadet dibawah Syarikat America Eagle Tanker (AET).
Dibawah adalah sebahagian retentan hidup seorang adik Lelaki yang cekal hatinya .. Along tahu Amer kuat menghadapi semuanya :)



Ini pic Amer time form 4 or form 5.i'm not sure. Nampak tidak matang bukan? siapa tahu, adik kedua aku ni sanggup tukar ke Sekolah Teknik Dato'Sri Md.Zin Melaka. Dia membawa hatinya  yang sedih, duka kerana dia hanya mendapat 2A6B dalam PMR 2007. Keputusannya yang tidak berapa memberangsangkan tu, menyebabkan Amer tidak dapat masuk ke Aliran Sains  Tingkatan 4 di High School Muar. Kawan-kwan baik dia semua dapat masuk kelas Sains, tapi dia sorang aje yamg terpaksa masuk ke kelas Sastera..Lalu, Dia nekad nak mengambil aliran Sains. Rezekinya, Amer meneruskan pelajarnnya di sekolah Teknik dgn mengambil aliran Kejuteraan Awam . Asalkan sudah ada subjek Sains seperti Fizik,Add Maths, Kimia pn sudah memandai bagi dia. 



* Alhamdulillah, Rezeki Tuhan tidak siapa yang tahu kn? Amer dapat 5A1 dlm SPM . Subjek subjek Sains nya tak kurang hebat ;) . Kalah Along , serious Along jeless .. Along cuma dpt 4A. Tp, Amer dah buktikan even Amer xdpt Straight A's dlm PMR, you can be among the Victorious guys :)

* Syukur padaMU ILLAHI, rezeki tawaran ke IPTA terus mencurah untuk adikku ini :) 
Antara tawaran yang Amer berjaya ditawarkan ialah ;
- Kolej Matrikulasi Johor ( Sains Fizik) : Amer tolak tawaran ini kerana menunggu twrn yang lain
- Interview Maktab Perguruan (P)  Melaka     : Amer tak pergi interviuw yang ini
- Interviuw TESL (UiTM Johor Bahru) : Amer pergi interviuw yang ini
- Akademi Laut Malaysia :Amer pergi Interviuw yang ini dan dia sungguh-sungguh mahukan ALAM! Fitness test, interviuw and test add maths,kimia, physics.. sgt susah dan byk stage perlu Amer harunginnya. Not easy as ABC.

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa Amer menolak tawaran yang lain? Dan hanya mahukan ALAM?
Mudah sahaja jawapan Amer ; Kalau nak diikutkan ,LIFE didepan mata dia ada jika dia menjadi GURU.
Tapi, Dia korbankan semua itu, korbankan Life dia dgn memasuki ALAM. Eh, ALAM tak ada LIFE ke? Bukan x ada Life, tp kerjanya amat berat. Hari-hari kena Hell. Belajar susah.. Tp, prospect kerja for Sure YOU GOT IT , AMER :) Kata Amer, dunia skrg makin susah. Ekonomi tak stabil. Family kami bukan org senang.. Sederhana saja. Tambahan pula, Aku anak yang Sulung pn masih lagi belajar.. Lingkungan Adik beradik seramai 7 Orang, membuatkan Amer ingin menolong family kami suatu masa nanti :) . Sebagai seorang abang Lelaki sulung, dia sedar akan tanggungjawab itu :) . Dan Aku sbg Along, juga memikul tanggungjawab yang sgt sgt besar. Menjadi contoh kpd 6 orang adikku yang lain .

 Alhamdulillah tidak terhingga lagi, sbb Amer mendapat Sponsorship dr AET (AMERICA EAGLE TANKER) . Dia perlu berkhidmat dgn AET sejurus dia habis belajar selama 3thn.. Main Sponsorship dia ni akan menanggung segala perbelanjaan dia , so akan kurang sedikit bebanan family aku , Alhamdulilllah :)


Yaww, Peace ! ;)


Amer bersama kawannya sewaktu Konvokesyen Seniornya. Amer yang ber-Tag Oren




Life as a NAVY (Royal Malaysian Navy) sewaktu Amer mengikuti Kursus selama 12 Hari di Kolej Tentera Laut Diraja Kapal Di Raja Sultan Idris 1, Pengkalan TLDM, Lumut Perak . Segak berbaju seragam putih :) 

 Uniform inspection by Their Commandant
                                           ( Ceo of ALAM). Amer dihadapan dari kiri :)


M16 & Stayer terbekkk :D

His Batch DNS 13 ALPHA ;)
Live  The Glory :)

Amer selalu bercerita, senior-senior dia yang baru umur 21thn dah ada Porshee sebijik! wahh. hebat. duit berkepuk, tp tanggungjawab yg sangat besar harus digalas. Bukan mudah, tinggalkan keluarga selama berbulan-bulan, merantau membawa diri yang hanya punyai Iman di dada :)
Apa tanggungjawab Amer? Dia harus membawa Kapal Minyak Tanker berbillion-billion milik AET . Pernah dgr MISC? Hah, AET ni salah sebuah company Minyak di Dunia seangkatan dgn MISC. Inilah jalan yang dipilih oleh Amer , Insyaallah DIA telah menentukan yang terbaik buat kamu syg :)



Meminjam quotes milik Amer di Blog Peribadi dia,  ;
Young is not at all .. but 2 times .. one in the world and one in the hereafter ... it was quite fun to be a teen ..but, my life Teenagers will stop here .. coz i need a life of "manhood" ..i need to be tough, strong, matured tp begin my career as my quotation responsibily .. .. so, no prince anymore but a man of the masterpiece Which conquer life as 'WORSHIP' .
Kemesraan kami ;) ohh, Along mengaku yang Along rendahhh :'(

Kemesraan Kami ;) Ohh!Along mengaku yg Along Rendahh :'(

Pesanan Ikhlas Seorang Kakak ;
* Amer jage diri bila dah belayar k.. Jage Solat, even dimana pn Amer berada, ingat solat tu satu kewajipan kita sbg manusia :)
* Bersyukurlah atas tiap nikmat yang Allah berikan , jadilah hambanya yang selalu berterima kasih akan tiap pemberian :)
* Pabila amer menghadapi dugaan& cabaran, ingatlah tu semua sbg ujian dan jgn pernah putus asa. Ini jalan yang Amer pilih, sojust go on. Never Turn Back, never regret it .
*  Ingat nawaitu for what you studying there ,and1st priority in ur life . Jgn mudah berasa senang dgn kemewahan yg bakal dikecapi. 
*  Ingat ma, ayah, family , mereka semua NADI kamu :)
* psssttt ; Bila nak kenalkan sang Puteri Hati kamu kpd Along ? Along boleh tlg carikan yg solehah utk Amer laa.. Calonnya dah ade nih ;) (ngeee , senyummm gedik)

okay la, tu aje. babai semua !
pssttt ; I'm Proud for being your Sis !  mydear, PUTERA AHMAD AL AMBARI :)


Saturday, May 7, 2011

Saya Peminat Hindustan yg DULU . SKRG? tidak lagi T_T

Assalamualaikum :)


hari ni aku nk cite psl Bollywood .
aku sbnrnye kaki Hindustan :D haha.
tp, tu dlu.. cerita Hindustan DULU tak sama mcm SEKARANG . betul x?
cerita DULU lg feeling abes, terus menusuk dlm hati ;)
sampai boleh hfl lagu2. hehe . Tapi, Cerita Hindustan skrg? mintak maaf laa ek.
Kalau aku nk tgk pn, aku tapis dulu. tgk sape HERO & HEROIN ;)
kalau KAJOL , ke SHAH RUKH KHAN ke, HRITHIK ROSHAN ke, PREITY ZINTA ke , hah aku sanggup duduk dpn tv dan tgk :)
Tapi Cite skrg ? toksah ckp la kn. mak aiii SEKSIIII abes! sekali tgk, mcm cite Hollywood pn ade.
haha. lg satu, cite skrg x mcm dlu.. tak menusuk kalbu ;) (haishhh, takyah nk  tusuk sgt la kn) huahua.


okay, skrg aku bkn nk cite psl Cerita Hindustan DULU atau SKRG . tp,aku nk cite yg ptg td aku tgk cite Hindustan kt TV3.. err, tu pn nk cite ke Pu3? bkn ape, aku dah lame kot x tgk Tv.. lg2 Hindustann.
Almaklum laa, sejak duduk kt UiTM tu, mane laa aku smpt duduk kt Ruang TV and tgk..
Kad ASTRO kt Ruang TV kolej aku pn kena kebas maa. haha. sape punye keje laa kn?


****
Bukak TV3, Tgk si KAJOL berlakon :) ohh, I Love You KAJOL ;)
sukaa sgt kt dye ni. plus with SHAH RUKH KHAN :)
diorg berlakon bersame :) tp, ape nth tajok cite ni. Yg penting aku dah penah tgk cite ni, tp saje je nk tgk lagi :)


*****
Ni sebahagian gambar2 Kajol & Shah Rukh Khan yg smpt aku curikk dr Fan page FB ;)




ni Filem lame.. aku  tak ingat  tajuknye. cerita ni laa yg TV3 ulang tadi.. Mujhe Dekha Ko'iyii Janna Sanammmm.
;) sebahagian laguunye. hafal tau .ehee


Filem Paling Da'Bombb evergreen! Kuch Kuch Hota Hai :)
Kisah Cintaa Si Tomboyy bernama ANJALI  yg jatuh hati pd RAHUL <3
Sedihh , Sweet :) aku tgk cerite ni byk kali sampai dah bleh hafal scene mereka ;)


Haish , terpaut pulak rantaii si manis ni. ehhee. Kabhi Kushi Kabhi Gham :)
Family Love Story dr Karan Johar. Kalau x silap aku, tu la name Director nya.
Filem yg meruntum jiwa, kisah si anak lelaki yg bekorban sampai dibuang family demi gadis yg dicintai akibat berbeza darjat.
(err. dah mcm penglipur lara lak aku ni. huahua :D )




Dari aku jd budak-budak lg aku selalu mengharap yg mereka ni bercintaa tau!
 err, sgt chemistryy kot kalau berlakon .



Oh Kajol. Natural Beauty :)




Kajol is Taken by Ajay Devgan oke.. dah lame diorang kahwin since 1994.
lupekan jelaa hasrat nk matching-kn Kajol dgn Shah Rukh Khan . huahua.


okay la, dats all ..
eh jap.. Selamat Hari Ibu utk semua Ibu diseluruh dunia termasuklah Kajol! hehe.
Dan... Termasuklah Ma saye, PUAN DIWI BINTI IMAN :)
Terima Kasih Ma krn melahirkan Along dan mendidik sehingga ke hari ini.
Tanpa Ma, siapalah Along T_T
InsyaaAllah, Along akan menjadi anak solehah untuk Ma :)




Puan Diwi Bt Iman ; You're my everything <3

Wednesday, May 4, 2011

CINTA HALAL & HIKMAH ISTIKHARAH

Assalamulaikum :)
alhamdulillah , exam dah habis! tune mood ; holidayy! home sweet home :)
exam sem ni tersangat la MENCABAR!btl, pnt sgt.. mcm xmau tgk result exam pn ade gk nati. huahua.
ok, entry kali ni aku nk ckp mcm tajuk kt  ATAS  tu. aku ade bace kt I Luv Islam , so kt sini aku nk share sebahagian yg aku dah bace. 
Amaran ; sila ubah mood anda semua. Hayati , fahami :) Ilmu  utk dikongsi bersama :)

********
Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"***
"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah
Itulah dia Cinta.."
:)

''Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"***
Pnh dgr AYAT diatas ni? ayat ni ade disebut dlm Filem KETIKA CINTA BERTASBIH . Tersentuh aku dgr :) 

Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg sentiasa tidak tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.
Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada yg bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja, terutama golongan remaja.
Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya adalah sunnah Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan.  Kerana hanya kahwin dapat membendung fitrah ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.
Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk mendapatkan cinta yg halal itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar tidak terpesong dek desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam memperindahkan maksiat kpd Al-Khaliq SWT.
Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam mendapat keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah:
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."

Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:
(1) Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik
(2) Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.
(3) Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yang pasti, tiadalah penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.
Dinasihatkan dalam sebuah athar :
ما خاب من استخار ولا ندم من استشار
Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)
Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka InsyaAllah di sana akan ada petunjuk terbaik.
Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana "Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."
Tentang jawapan atau petunjuk Istikharah, tidak menjadi kemestian melalui mimpi atau sebarang petunjuk tertentu, dan kadang-kadang/kebanyakan petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling tepat kerana kita bukanlah seseorg yg bersih hatinya, dan kemungkinan mimpi kita telah diganggu oleh Syaitan untuk memayahkan kita dengan jawapan itu.
Justeru, apa yang dianjurkan adalah istikharah diteruskan sehingga ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan, dan jawapan sebenar kepada istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dengan si dia, tanpa ada sebarang halangan di tengah-tengah jalan.
Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yg bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.(1) Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.  Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA.  Hikmahnya adalah TIADA RUGI..
(2) Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.
(3) Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.
Wallahualam .
Kesalahan yg biasa dilakukan oleh dua pasangan dalam istikharah, di sini ditegur dan disyorkan penyelesaian seikhlasnya utk kedua-dua, sama ada lelaki atau perempuan:
(1) Sekiranya hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan (dan dia merasakan ini jawapan) pada hati kepada salah seorg, maka dinasihatkan memberitahu kpd pasangan dengan sebaik mungkin, dan diberhentikan..dalam masa yg sama istikharah diteruskan.
(2) Jika didapati jawapan adalah positif, maka digalakkan disegerakan perkahwinan berserta diteruskan lagi istikharah, agar tiada masalah di sepanjang pelaksanaan.
(3) Jika belum mendapat apa-apa kepastian jawapan, maka digalakkan meneruskan istikharah dengan lebih istiqamah.
Adalah menjadi kesalahan dan satu kesilapan besar apabila masing-masing membuat istikharah dan mendapat jawapan, tetapi menyatakan "Saya sudah melaksanakan istikharah, dan jawapannya tidak boleh diberitahu (dirahsiakan), cukuplah saya dan Allah sahaja yg mengetahuinya".
Kenapa kenyataan ini salah, walaupun seolah-olah jika kita perhatikan mempunyai unsur-unsur pergantungan yg tinggi kepada Allah?
Betul! pergantungan kepadaNYA begitu tinggi (hablun minallah memang hebat), tetapi ke mana pergi hablun minan nas. Tidakkah dengan jawapan "gantung tidak bertali" ini akan menyebabkan pihak yg sedang menunggu jawapan, tertunggu-tunggu.  Dan ternanti-nanti, malah menyebabkan fikiran pihak itu terganggu dalam segala urusan, hati pihak itu juga tidak akan tenang.
Alangkah baiknya, jika berterus terang.
قل الحق ولو كان مرا
(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah ini memadai utk menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan jujur, banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.
Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS TERANG dan JUJUR..
Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang mengalami masalah ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta ini.  Tiada cinta yg sebenarnya kecuali hanya selepas dihalalkan dengan ikatan pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan mental dan fikizal amat penting.
Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, bukan sekadar mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.
Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan.
Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal, kerana dibimbangi KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita berkahwin kelak.  Memang alunannya mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah kahwin, alunan ini akan bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan telinga.
Kerana percayalah, modus operandi Iblis dan konco-konconya hanyalah mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan serta memburukkan ibadah.
Akhirnya, nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini ;
 Mulakan dengan ISTIKHARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan "nama si dia" tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA "jodoh terbaik untukku"..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan :)
Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan keredhaannya semata-mata.
Satu analogi utk seseorg yg bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut.  Seterusnya, nakhoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua.  Yang pasti setiap bahtera berlainan nakhoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini.."
"jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum tetap pendirian serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg menanti dgn 1001 warna kehidupan.."
Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA itulah kunci segala-galanya.. 
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..
nota kaki ; mudah-mudahan ni menjadi panduan buat kite semua utk masa yg akan dtg :)
ISTIKHARAH CINTA :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...