Friday, May 20, 2011

DIA - Putera Ahmad Al Ambari

                          Assalamualaikum :)
Salam Hari Jumaat , Penghulu segala hari '' Saiyyidul Ayyam'' :)


* Ini Pasport aku , bye bye Malaysia ;) 

Hai , sudah baca tajuk entry diatas? Jgn terpedaya ok, gambar pasport diatas bukan milik Puteri NurDini :'( 
huahua.. tp, milik DIA- PUTERA AHMAD AL-AMBARI :)
Hari ini terdetik aku nk tulis something kat blog ni.
Aku rindukan adik aku.. PUTERA AHMAD AL-AMBARI :)
Amer ; mesti kau rasa geli-geleman heh bila Along rinduu kau? hehe ;)
aku panggil dia ''Amer'' aje sbb name betul dia tu panjang sgt..  dulu masa kecik2, dia paling suka melalak ,menangiss guling-gulingg, kememeh tahu! then ada sorang makcik tu (kwn Ma) aku yang bagi name ''AMER''tu kat dia.. so, melekatt la name AMER tu sampai skrg ;) . sampai FB dia pn letak ''PUTERA AMER'' .


* This passport belong to Putera Ahmad Al- Ambari :)



7May -  Ini last date dia jumpa aku setelah berapa bulan dia xjumpa aku. yelaa, masa aku tgh bz final exam, dia pn bz dgn hal belajar dia. Dia di ALAM Sg.Udang Melaka, aku di UiTM Alor Gajah. Mmg kami satu negeri yg sama, tp bila ada kesempatan dia dtg kampus aku, baru laa kitorang dpt borak sama sama. Jadual belajar kami yang sangat sangat berbeza menyebabkan kami jrg berjumpa.

 Amer balik 7 Mei lepas pn sbb dia nk tunjukkan dkt kami sekeluarga yg dia dah ada  PASPORT ke Luar Negara. wahh , suka dia :) Amer ckp, dlm Bulan Ogos ni, dia akan belayar (sailing) ke oversea. Dia menjalani praktikal selama setahun dinegara orang, dan akan kembali belajar selama Setahun lagi di Akademi Laut Malaysia . 3tahun, masa Amer akan dihabiskan disana, untuk mengenggam Diploma Nautical Studies dan menjadi seorang kadet dibawah Syarikat America Eagle Tanker (AET).
Dibawah adalah sebahagian retentan hidup seorang adik Lelaki yang cekal hatinya .. Along tahu Amer kuat menghadapi semuanya :)



Ini pic Amer time form 4 or form 5.i'm not sure. Nampak tidak matang bukan? siapa tahu, adik kedua aku ni sanggup tukar ke Sekolah Teknik Dato'Sri Md.Zin Melaka. Dia membawa hatinya  yang sedih, duka kerana dia hanya mendapat 2A6B dalam PMR 2007. Keputusannya yang tidak berapa memberangsangkan tu, menyebabkan Amer tidak dapat masuk ke Aliran Sains  Tingkatan 4 di High School Muar. Kawan-kwan baik dia semua dapat masuk kelas Sains, tapi dia sorang aje yamg terpaksa masuk ke kelas Sastera..Lalu, Dia nekad nak mengambil aliran Sains. Rezekinya, Amer meneruskan pelajarnnya di sekolah Teknik dgn mengambil aliran Kejuteraan Awam . Asalkan sudah ada subjek Sains seperti Fizik,Add Maths, Kimia pn sudah memandai bagi dia. 



* Alhamdulillah, Rezeki Tuhan tidak siapa yang tahu kn? Amer dapat 5A1 dlm SPM . Subjek subjek Sains nya tak kurang hebat ;) . Kalah Along , serious Along jeless .. Along cuma dpt 4A. Tp, Amer dah buktikan even Amer xdpt Straight A's dlm PMR, you can be among the Victorious guys :)

* Syukur padaMU ILLAHI, rezeki tawaran ke IPTA terus mencurah untuk adikku ini :) 
Antara tawaran yang Amer berjaya ditawarkan ialah ;
- Kolej Matrikulasi Johor ( Sains Fizik) : Amer tolak tawaran ini kerana menunggu twrn yang lain
- Interview Maktab Perguruan (P)  Melaka     : Amer tak pergi interviuw yang ini
- Interviuw TESL (UiTM Johor Bahru) : Amer pergi interviuw yang ini
- Akademi Laut Malaysia :Amer pergi Interviuw yang ini dan dia sungguh-sungguh mahukan ALAM! Fitness test, interviuw and test add maths,kimia, physics.. sgt susah dan byk stage perlu Amer harunginnya. Not easy as ABC.

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa Amer menolak tawaran yang lain? Dan hanya mahukan ALAM?
Mudah sahaja jawapan Amer ; Kalau nak diikutkan ,LIFE didepan mata dia ada jika dia menjadi GURU.
Tapi, Dia korbankan semua itu, korbankan Life dia dgn memasuki ALAM. Eh, ALAM tak ada LIFE ke? Bukan x ada Life, tp kerjanya amat berat. Hari-hari kena Hell. Belajar susah.. Tp, prospect kerja for Sure YOU GOT IT , AMER :) Kata Amer, dunia skrg makin susah. Ekonomi tak stabil. Family kami bukan org senang.. Sederhana saja. Tambahan pula, Aku anak yang Sulung pn masih lagi belajar.. Lingkungan Adik beradik seramai 7 Orang, membuatkan Amer ingin menolong family kami suatu masa nanti :) . Sebagai seorang abang Lelaki sulung, dia sedar akan tanggungjawab itu :) . Dan Aku sbg Along, juga memikul tanggungjawab yang sgt sgt besar. Menjadi contoh kpd 6 orang adikku yang lain .

 Alhamdulillah tidak terhingga lagi, sbb Amer mendapat Sponsorship dr AET (AMERICA EAGLE TANKER) . Dia perlu berkhidmat dgn AET sejurus dia habis belajar selama 3thn.. Main Sponsorship dia ni akan menanggung segala perbelanjaan dia , so akan kurang sedikit bebanan family aku , Alhamdulilllah :)


Yaww, Peace ! ;)


Amer bersama kawannya sewaktu Konvokesyen Seniornya. Amer yang ber-Tag Oren




Life as a NAVY (Royal Malaysian Navy) sewaktu Amer mengikuti Kursus selama 12 Hari di Kolej Tentera Laut Diraja Kapal Di Raja Sultan Idris 1, Pengkalan TLDM, Lumut Perak . Segak berbaju seragam putih :) 

 Uniform inspection by Their Commandant
                                           ( Ceo of ALAM). Amer dihadapan dari kiri :)


M16 & Stayer terbekkk :D

His Batch DNS 13 ALPHA ;)
Live  The Glory :)

Amer selalu bercerita, senior-senior dia yang baru umur 21thn dah ada Porshee sebijik! wahh. hebat. duit berkepuk, tp tanggungjawab yg sangat besar harus digalas. Bukan mudah, tinggalkan keluarga selama berbulan-bulan, merantau membawa diri yang hanya punyai Iman di dada :)
Apa tanggungjawab Amer? Dia harus membawa Kapal Minyak Tanker berbillion-billion milik AET . Pernah dgr MISC? Hah, AET ni salah sebuah company Minyak di Dunia seangkatan dgn MISC. Inilah jalan yang dipilih oleh Amer , Insyaallah DIA telah menentukan yang terbaik buat kamu syg :)



Meminjam quotes milik Amer di Blog Peribadi dia,  ;
Young is not at all .. but 2 times .. one in the world and one in the hereafter ... it was quite fun to be a teen ..but, my life Teenagers will stop here .. coz i need a life of "manhood" ..i need to be tough, strong, matured tp begin my career as my quotation responsibily .. .. so, no prince anymore but a man of the masterpiece Which conquer life as 'WORSHIP' .
Kemesraan kami ;) ohh, Along mengaku yang Along rendahhh :'(

Kemesraan Kami ;) Ohh!Along mengaku yg Along Rendahh :'(

Pesanan Ikhlas Seorang Kakak ;
* Amer jage diri bila dah belayar k.. Jage Solat, even dimana pn Amer berada, ingat solat tu satu kewajipan kita sbg manusia :)
* Bersyukurlah atas tiap nikmat yang Allah berikan , jadilah hambanya yang selalu berterima kasih akan tiap pemberian :)
* Pabila amer menghadapi dugaan& cabaran, ingatlah tu semua sbg ujian dan jgn pernah putus asa. Ini jalan yang Amer pilih, sojust go on. Never Turn Back, never regret it .
*  Ingat nawaitu for what you studying there ,and1st priority in ur life . Jgn mudah berasa senang dgn kemewahan yg bakal dikecapi. 
*  Ingat ma, ayah, family , mereka semua NADI kamu :)
* psssttt ; Bila nak kenalkan sang Puteri Hati kamu kpd Along ? Along boleh tlg carikan yg solehah utk Amer laa.. Calonnya dah ade nih ;) (ngeee , senyummm gedik)

okay la, tu aje. babai semua !
pssttt ; I'm Proud for being your Sis !  mydear, PUTERA AHMAD AL AMBARI :)


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...