Sunday, September 11, 2011

Chapter 1- Its seems HARD to say GOODBYE

Assalamualaikum :)
Setelah sekian lama aku tak meng-update blog, masa tak mengizinkan.
Perasaan pulak bercampur baur.
Its seems miserable feeling -_-
Okay , just a short randomly story.
1weeks with a BIG full presentation-ENT . I'm as Marketing Manager.
Alhamdulillah, everything its ok. Same goes with BEL project.
This week,last class,last lecture and so on.
Final Exam mood akan bertukar lepas ni..
Fuhh. Kena pulun habis2 la nampknye -_-

*******
Okay,just ignore mukadimah diatas. Skrg, aku nak luahkan ape je yg terpendam kat hati aku ni boleh?
-_-
Hurm, its hurt. Kadang2, kebenaran itu menyakitkan.
Tapi, kebenaran itu jugak lah yg kite kena tempuhi kan?
Dear all my beloved friends yg post kat wall fb aku and aku tak dpt nak reply, ''SOORY guys''.
Sometimes, not all story can be share ''openly'' in Facebook.
Terus terang aku ckpkan, bknlah niat aku utk mengelak.
Jauh lagi utk berdalih dari menceritakan ape yg terjadi.
Tapi,aku perlukan masa utk bersendirian, dan utk kuatkan hati ini.
Yes, i admin. Aku sgt ''Kapas''. Hati aku sgt kapass, sgt sgt kuat menangis.
Tapi,apakah daya aku. Aku dah cuba jadi wanita yg kental. Mungkin mmg Allah dah ciptakan sejak azali yg aku mmg ''kapas''. Takpelah, Allah mengetahui apa yg telah DIA jadikan. Dan aku akan cuba berubah jadi wanita setabah yg mungkin.

*****
Pesanan utk awak **
Terima kasih awak utk tiap suka,duka,manis ,pahit yang telah kite lalui bersama.
Hampir 2 tahun kite bersama, saya belajar sesuatu dalam perhubungan kita.
Tidak mahu menyalahkan manamana pihak,baik dari pihak saya atau awak.
Tapi, percayalah. Saya terima awak seadanya walau awak ada kisah silam awk.
Kekurangan awk saya redhai, kebaikan awak saya syukuri.
Namun, siapalah saya kan? Saya juga spt gadis yg lain.
Punyai  banyak kelemahan dimata awak.
Tapi,saya berusaha menjadi yang terbaik dan sesungguhnnya tiada kesempurnaan dalam diri ini
melainkan milikNYA YA ALLAH .
Air Mata ini menjadi teman saya sekarang.
Biarlah.. Mungkin lambat laun, apabila air mata ini tak ada lagi utk ditangisi,ia akan diam dari mengalir lagi.
Jangan risau, saya tidak pernah menyalahkan takdir.
Sebaliknya, air mata ini hanya peneman saya yg kadan-kadang buat saya muhasabah diri saya dan hubungan kite yang pernah kite jalinkan sblm ini.
Insyaallah, selepas ini saya tidak akan mengalirkan air mata lagi buat lelaki.
Sebab baru saya sedar, Lelaki yang baik takkan buat wanita yang dia sayang menangis kerananya bukan?
Siapalah saya  utk meghukum awak..
Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak baik dari pihak saya atau pihak awak.
Awak dah tahu jawapannya, awak dah pilih keputusannya, awak dah terima apa yg telah saya putuskan.
Saya harap awak akan belajar menjadi lelaki yg lebih menghargai wanita..
Percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yg terbaik, Tuhan akan buka laluan utk cinta
yang terbaik juga hadir.. Semoga suatu hari nanti, kita bertemu cinta yg telah dijanjikan.
Dulu, kite pernah berjanji sama-sama yg kite akan habiskan diploma,kerja,fokuskan karier masing2
dan teruskan hubungan kite hingga ke ikatan yg lebih sah dgn Izin Allah,insyaallah.
Tapi,sayang seribu kali sayang. Akhirnya, kite putus juga.
Kite merancang, DIA juga merancang. Tapi, perancangan DIA lebih Utama dari rancangan kita~
Saya redha, saya pasrah andai disini noktah segalanya.
Saya percaya, perancangan Allah lebih utama, perancangan Allah lebih baik.
Mungkin awak bukan diciptakan utk saya, tapi kite tak tahu bukan apa yg akan terjadi esok dan akan dtg?
Percayalah, walau kite berpisah sekarang, jikalau kite ade jodoh, kite akan bersama semula bukan?


Setiap kita ada hak untuk mencintai,
kerana itu adalah fitrah..
Namun perlu difahami..
Cinta itu tidak semuanya manis, bahkan lebih banyak orang yang mencintai itu merasa derita..
Maka.. Milikilah hatiku dengan izin Allah..
Milikilah cintaku keranaNYA,
Milikilah diriku kerana agamaNYA,
Milikilah jiwaku keranaNYA..

***


Mungkinkah terputus di tengah jalan,
Mungkinkah terlerai tanpa ikatan.. Usah ragu dgn takdir .
Sesungguhnya, adalah satu kebahagiaan bahawa anak Adam melakukan Istikharah dan senang dengan apa yg Allah takdirkan bagi dirinya.. dan,sesungguhnya adalah kesengsaraan jika seorang anak Adam meninggalkan ISTIKHARAH dan berkeluh kesah dengan takdir Allah..
InsyaaAllah,saya akan buat istikharah pada waktu terdekat ini.
Semoga Allah akan beri petunjuk kepada saya :)

Dan kepada awak yang pernah singgah dihati saya ini;
Saya doakan awak sentiasa bahagia.
Berubah menjadi lelaki yg lebih matang, semoga ditetapkan Iman olehNYA.
Semoga awak terus berjaya dalam pelajaran awak.
Halalkan semuanya, saya maafkan segalanya apa yg telah berlaku.
Terima kasih untuk semua .













Sunday, September 4, 2011

Meet THEM - Raya raya

Assalamualaikum :)
Hari ini mood balik semula ke kampus mmg takde.
Oh rumah sewa dah seminggu saya tinggalkan. Dah bersawang ke dok?haha ;)
Sepanjang seminggu raya ni, biasalah tradisi kunjung-mengunjungi rumah ke rumah jadi amalan.
Dan Jumaat,Sabtu baru ni baru saya dpt beraya rumah member member.
Tu pun dalam 5 buah rumah member dpt saya kunjungi.
Ish,,sikit kan? Tak sempat la nak beraya sakan semua rumah member-membe.
Ni pun jumpa mereka mereka yang rapat dgn aku.
And of course, bile lame giler giler tak jumpe,
Kami byk borak-borak. Cerita personal life,student life.
Yelaa,kami belajar dikampus yg berbeza dan terpisahhh jauhhh! hehe ;)
Meh meh,Puteri kenalkan 2 Sahabat baik saya :)

Gadis ni name Nur Athirah Bt Idila. Tirah ni kawan baik saye time sekolah Rendah Convent lagi.
Tapi,kitowang tak sekolah same pun sbb dia SETIA dgn sekolah CONVENT.
Saya je curang pi Sekolah Sultan Abu Bakar. hehe ;)
NOW; Athirah study kat POLI MERLIMAU

Ni hari kedua jumpe.. hehe.
Ni dye teman saya pi beraya rumah Taufik, Fatin Alia..
Then, kami singgah Tanjung Emas.
Pi tenangkan hati menghadap laut.
Kalau kite tgk LAUT, Dapat PAHALA tau :)
Keindahan Illahi :)



Terima kasih menjadi kawan terbaik saya :) .
Athirah; Aku bahagia bila kau bahagia.
Hope kau dan ehem ehem berkekalan ok ;)


Malamnye, saya meet up AISHA ANUAR.
Ok, si gadis ni mcm minah ARAB .
hehe ;)
Aisha dgn saya belajar same time skolah menengah.
NOW; Aisha study kat UUM taking degree in Accounting.
Dah makin jaohh dah dia duduk.haha
Kedah sana tuu .








Beraya malam malam punn singgah KFC.
haha.
Aisha nak belanjaa, so on aje ;)
okay la, pen off here.
buibui :)




Friday, September 2, 2011

Siapalah KITA untuk MENGELUH?

Assalamualaikum :)
Saya bukanlah seorang yang sukakan kesedihan.
Fitrah manusia, sukakan kebahagiaan dalam kehidupan mereka bukan?
Jikalau saya tersenyum,tidak bermakna hati saya turut tersenyum dan ketawa.
Terkadang,sebuah senyuman dapat menutup rasa sedih didalam hati.
Tapi,apakah daya. Ujian demi ujian dihadapi.
Terkadang, tak kuat mengharungi.
Terkadang, rasa tersungkur,bangun kembali. Teruskan melangkah.
Terkadang, Air Mata ni sudah menjadi sebati buat diri ini.
Bukan ingin menunjukkan diri ini lemah dihadapanNYA.
Tapi, air mata ni hanyalah peneman diri.
Tapi, saya kuatkan semangat jua menghadapinya.
Saya tidak sanggup melihat ibu  saya mengalirkan air mata.
Biarlah saya menggantikan tempat ibu untuk menangis lagi.
Kerana, saya mahu ibu terus tabah dan kuat.
''Ma.. Jangan sedih..Along selalu disisi Ma''. 
Saya tidak berhenti berdoa, memohon,mengadu kepada Illahi.
Hanya Allah sahaja yang setia mendengar keluhan resah hati ini.
Hanya Allah sahaja yang  selayaknya mengetahui apa yang telah direcanakan olehNYA.
Ya Allah,jauhilah saya dari terus mengeluh apabila diterima musibah.
Sesungguhnya saya adalah golongan yang terpilih untuk menerimanya.
Cekalkan hatiku,berikanlah saya dan ibu saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.
Semakin kuat diuji semakin bertambah kecintaan kami kepadaMU .
Saya pasrah,redha. Saya tidak akan berhenti mendoakan kebaikan ayah saya.
Baik buruknya ayah kita, siapalah kita untuk menghukum.
Semoga Ayah saya selalu diberi hidayah olehMU Ya Allah .



Air Mata bukanlah tanda kelemahan, tapi dijadikan
 oleh Sang Pencipta dgn seribu hikmah.


LA TAHZAN~

Minal Aidil Walfaizin - tough-

Assalamualaikum :)
Mungkin dah terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada blog saya yg dah bersawang ni. hehe ;)
Sorry , too busy with hectic life.
Semoga Syawal kali ini memberi lebaran baru buat saya, keluarga saya dan sahabat sahabat handai saya dan sewaktu dengannya :)
Banyak penganjaran yang saya tempuhi pada lebaran kali ini.
Actually, I learnt to being tough even I'm not stronger enough.
Yet, I'm still the ''Kapas'' one . *double meaning*
Mengaku kekurangan diri ini.
Wasalam~







Whenever you are in need, pray and Allah gives His favors and blessings. (Saidina Ali RA)


''Lelaki itu satu ujian buat seorang wanita yang bertekad untuk hijrah ke jalan Allah SWT. Kerana itu, tetapkanlah hatimu dari tunduk dengan lelaki yang sukakan kamu kerana dunia,bukan kerana ALLAH SWT! Ingatlah wanita, lelaki yang bertaqwa tidak akan sekali-kali menjadi punca Engkau hilang keimanmu pada AL-KHALIQ. Maka jika Kau kecewa kerana Cintanya Lelaki kerana dia berdusta,kerana dia mungkir,kerana dia insan yang suka memijak-mijak maruah dan harga dirimu, maka teruskanlah hidupmu tanpa lelaki yang cintakan fatamorgana!''
~Puterinurdini~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...