Setelah sekian lama aku tak meng-update blog, masa tak mengizinkan.
Perasaan pulak bercampur baur.
Its seems miserable feeling -_-
Okay , just a short randomly story.
1weeks with a BIG full presentation-ENT . I'm as Marketing Manager.
Alhamdulillah, everything its ok. Same goes with BEL project.
This week,last class,last lecture and so on.
Final Exam mood akan bertukar lepas ni..
Fuhh. Kena pulun habis2 la nampknye -_-
*******
Okay,just ignore mukadimah diatas. Skrg, aku nak luahkan ape je yg terpendam kat hati aku ni boleh?
-_-
Hurm, its hurt. Kadang2, kebenaran itu menyakitkan.
Tapi, kebenaran itu jugak lah yg kite kena tempuhi kan?
Dear all my beloved friends yg post kat wall fb aku and aku tak dpt nak reply, ''SOORY guys''.
Sometimes, not all story can be share ''openly'' in Facebook.
Terus terang aku ckpkan, bknlah niat aku utk mengelak.
Jauh lagi utk berdalih dari menceritakan ape yg terjadi.
Tapi,aku perlukan masa utk bersendirian, dan utk kuatkan hati ini.
Yes, i admin. Aku sgt ''Kapas''. Hati aku sgt kapass, sgt sgt kuat menangis.
Tapi,apakah daya aku. Aku dah cuba jadi wanita yg kental. Mungkin mmg Allah dah ciptakan sejak azali yg aku mmg ''kapas''. Takpelah, Allah mengetahui apa yg telah DIA jadikan. Dan aku akan cuba berubah jadi wanita setabah yg mungkin.
*****
Pesanan utk awak **
Terima kasih awak utk tiap suka,duka,manis ,pahit yang telah kite lalui bersama.
Hampir 2 tahun kite bersama, saya belajar sesuatu dalam perhubungan kita.
Tidak mahu menyalahkan manamana pihak,baik dari pihak saya atau awak.
Tapi, percayalah. Saya terima awak seadanya walau awak ada kisah silam awk.
Kekurangan awk saya redhai, kebaikan awak saya syukuri.
Namun, siapalah saya kan? Saya juga spt gadis yg lain.
Punyai banyak kelemahan dimata awak.
Tapi,saya berusaha menjadi yang terbaik dan sesungguhnnya tiada kesempurnaan dalam diri ini
melainkan milikNYA YA ALLAH .
Air Mata ini menjadi teman saya sekarang.
Biarlah.. Mungkin lambat laun, apabila air mata ini tak ada lagi utk ditangisi,ia akan diam dari mengalir lagi.
Jangan risau, saya tidak pernah menyalahkan takdir.
Sebaliknya, air mata ini hanya peneman saya yg kadan-kadang buat saya muhasabah diri saya dan hubungan kite yang pernah kite jalinkan sblm ini.
Insyaallah, selepas ini saya tidak akan mengalirkan air mata lagi buat lelaki.
Sebab baru saya sedar, Lelaki yang baik takkan buat wanita yang dia sayang menangis kerananya bukan?
Siapalah saya utk meghukum awak..
Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak baik dari pihak saya atau pihak awak.
Awak dah tahu jawapannya, awak dah pilih keputusannya, awak dah terima apa yg telah saya putuskan.
Saya harap awak akan belajar menjadi lelaki yg lebih menghargai wanita..
Percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yg terbaik, Tuhan akan buka laluan utk cinta
yang terbaik juga hadir.. Semoga suatu hari nanti, kita bertemu cinta yg telah dijanjikan.
Dulu, kite pernah berjanji sama-sama yg kite akan habiskan diploma,kerja,fokuskan karier masing2
dan teruskan hubungan kite hingga ke ikatan yg lebih sah dgn Izin Allah,insyaallah.
Tapi,sayang seribu kali sayang. Akhirnya, kite putus juga.
Kite merancang, DIA juga merancang. Tapi, perancangan DIA lebih Utama dari rancangan kita~
Saya redha, saya pasrah andai disini noktah segalanya.
Saya percaya, perancangan Allah lebih utama, perancangan Allah lebih baik.
Mungkin awak bukan diciptakan utk saya, tapi kite tak tahu bukan apa yg akan terjadi esok dan akan dtg?
Percayalah, walau kite berpisah sekarang, jikalau kite ade jodoh, kite akan bersama semula bukan?
Setiap kita ada hak untuk mencintai,
kerana itu adalah fitrah..
Namun perlu difahami..
Cinta itu tidak semuanya manis, bahkan lebih banyak orang yang mencintai itu merasa derita..
Maka.. Milikilah hatiku dengan izin Allah..
Milikilah cintaku keranaNYA,
Milikilah diriku kerana agamaNYA,
Milikilah jiwaku keranaNYA..
***
Mungkinkah terputus di tengah jalan,
Mungkinkah terlerai tanpa ikatan.. Usah ragu dgn takdir .
Sesungguhnya, adalah satu kebahagiaan bahawa anak Adam melakukan Istikharah dan senang dengan apa yg Allah takdirkan bagi dirinya.. dan,sesungguhnya adalah kesengsaraan jika seorang anak Adam meninggalkan ISTIKHARAH dan berkeluh kesah dengan takdir Allah..
InsyaaAllah,saya akan buat istikharah pada waktu terdekat ini.
Semoga Allah akan beri petunjuk kepada saya :)
Dan kepada awak yang pernah singgah dihati saya ini;
Saya doakan awak sentiasa bahagia.
Berubah menjadi lelaki yg lebih matang, semoga ditetapkan Iman olehNYA.
Semoga awak terus berjaya dalam pelajaran awak.
Halalkan semuanya, saya maafkan segalanya apa yg telah berlaku.
Terima kasih untuk semua .
No comments:
Post a Comment