Assalamualaikum :)
When September ENDS, Hi OCTOBER! ;)
Hari ini dah masuk hari ke-3 aku start cuti semester. Well,paper Last exam aku hari tu abes pd 29/9.
It seems so tough double triple exam weeks! Dgn subjek Law,PAD,Statistics.
Ohh, Alhamdulillah sume paper dah selamat ku redah.haha.
Tunggu jela result exam ok.Hopefully, everything is ok :)
|
Selamat Tinggal SEMESTER 4!
Yes, next sem adalah semester TERAKHIR wt aku
di UiTM Melaka :) can't wait to finish it!
Selamat Tinggal Semester 4. Mcm-mcm dugaan semester ini dr segi pelajaran, and etc.
Alhamdulillah, sumenye dpt aku tempuh dgn penuh gagah *cewahh gagah gitu!
Hari Khamis hari itu 29/9 hari last aku dan mereka-mereka ; Miza,Nuzul,Shima menjadi penghuni di Tmn Lendu Bakti.
Well, we'll gonna Miss rumah sewa kami yg agak BESAUU and selesa :)
sgt selesa, sampai tak mahu pindah tau nextsem.
Tp,apakah daya rumah tu JAOHH sgt. terpaksa kitorang sewa rumah yg lagi dkt dgn kampus.
And to Aunt Zah merangkap ibu yg sudi menghantar kami ke kampus,
Terima kasih Aunt. Yg terkurang slh tu kami sume dah maafkan. hehe.
Dan utk semua kenangan semester ini, Puteri nak buang jaoh2 boleh?
Yang pahit tetap dlm ingatan, yang manis akan terus aku kenang :)
*****
SELAMAT TINGGAL MEMORI .
Selamat Tinggal utk semua episod cinta, sedih, ketawa,duka, gembira saat aku dan Si Dia .
Semakin aku cuba lupekan semakin sebak hati aku.
Yet, i'm still the ''kapas'' one :'(
Kenapelah susah kan nak melupakan.
Maybe aku bkn sesetengah girl yg lain. Senang melupakan.
Esy come,easy go.
Nope,i'm totally not like that.
Sekarang aku masih lagi cuba istiqamah dlm solat Istikharah.
Mudah-mudahan aku dpt jawapan yg pasti dan tetap.
Aku tak mahu punyai hati yg berdolak-dalih.
You know what, if u still have feel ''doubt'' feeling,its mean u need to continues such as istikharah in solat.
Dan skrg, aku masih lagi istiqamah dlm membuatnya.
|
|
|
|
Terima Kasih buat sahabat-sahabat yang menemani aku saat aku sedih.
Kadang-kadang aku tak pandai nak mengadu.Bukan apa, biarlah aku rasakan ia sendiri.
Kepada sahabat handai baik aku, nasihat korang semua akan aku simpan dan cuba ikuti.
Aku memetik kiriman 1 SMS dari ex- junior kolej aku yang telah dia kirimkan kpdku sblm ini.
''Bila Engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
Yang menciptakan segalanya..Yang menimpakan Ujian,
Yang menjadikan Sakitnya hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu..
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, Retaknya hatimu,
Tetapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu HATI yang sebeginilah yang
selalunya lebih lunak,mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..''
(By; Lia,2011)
Hati aku jadi sayu. Ya Allah, saat aku kehilangan Adam yang aku sayang,
Adam yg selama ini yang aku impikan untuk bersama hingga ke ikatan yang lebih sah.
Namun, itu semua tinggal hanya kenangan.
Kita hanya merancang, DIA juga merancang.
Tetapi rancangan DIA lebih utama dari rancangan kita .
Pabila aku kehilangan begini, baru ku sedar.Allah tu maha memberi Hidayah.
Mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu yang aku tidak nampak.
Allah nak aku lebih dekat kepadanya..
Hati aku merintih saat aku berteleku menghadapNYA.
Ya Allah,ampunkan kekhilafan aku dahulu jika aku pernah jauh darimu.
Aku manusia biasa terkadang jatuh dlm bisikan syaitan.
Sekarang ,aku makin tenang.
Walau tanpa si dia, walau kdg2 hati aku teringatkan dia,
walau kdg2 aku pernah terbayang wajahnya, cepat cepat aku kuatkan semangat aku untuk melupakannya.
Bukan ku tak mahu menerima kenyataan..Tapi hati aku pedih,kecewa yang amat.
Kenapa,kenapa dan banyak persoalan yang berligar difikiranku.
|
|
Aku sering menangis,bukan bererti aku lemah yang amat. Aku menangis bukan bererti aku tidak kuat menempuh dugaan.Tapi,aku menangis kerana itu adalah naluriku . sifat kewanitaan yang sgt mudah tersentuh.Maafkan aku YA ALLAH kerana seringkali menitiskan air mata.
****
Aku terbaca satu post ini; Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis.?
JwbNYA :Kerana wanita itu unik..Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa..Ku kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya..Ku lembutkan hatinya utk memberi rasa aman..Ku kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia..Ku teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah..Ku beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun..Ku kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman.. walau disakiti oleh orang yang dia sayangi..Wanita mahluk kuat.. tapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.." WANITA.. KAMU ISTIMEWA " :)
****
Dan untuk sekalian kalinya, aku dah tiada air mata lagi nak ditangisi.Each night, I taste the PUREST OF PAIN .Cukuplah untuk semester ini.I'll move forward with a new hope.ALLAH, please show me a right way.
''Subhanaka 'ilma lanaa Illa Maa 'Amaltanaa Innaka Antal 'Aliimulhakiim''''Maha Suci ALLAH, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kpd kami,Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana''
(Petikan bacaan sujud dalam solat Istikharah)
ok la, off here.Buibui~
|
semoga ALLAH S.W.t...merahmati kamu
ReplyDeleteorg2 y beriman..