Monday, November 14, 2011

FRUST? Cubalah Untuk Sentiasa Berlapang Dada :)

Bismillah ... Assalamualaikum :)

P/S : Maaf, entry ini mengandungi Manglish :)


Bila kita sebut pasal ''Berlapang Dada'' , ape yg kita bayangkan?
Yes, HATI. Ia semuanya bermula dari Hati, barulah timbul perasaan Berlapang Dada itu sendiri. Isn't right?

Bila kita sebut soal Hati, macam mana kita mahu berlapang dada dengan semua perkara yg berlaku di sekeliling kita?

Contohnya : KES 1 : Pasangan kekasih yang bercinta bertahun lamanya. Akhirnya PUTUS jua di tengah jalan.


Falling in love is so easy. Staying in love is a challenge.Letting go is the hardest part.


Well, its seems hard when we're broke up with someone that we're loved right?

Putus Cinta? Siapa yg tak sakit hati bila putus cinta.
Yang perempuan FOR SURE, yes I admit is as I'm a women too ; Mereka akan menangis,sedih,emo yang teramat sangat sangat.
Hati wanita sangat rapuh,lembut. 
Dan kpd kaum Adam, pabila mereka putus cinta mungkin pada luaran kasarnya mereka kelihatan ''Cool''.
Tapi,hakikatnya pada dalaman, mereka pun lemah jugak mcm manusia lain.
Inilah fitrah sunnahtullah yang telah Allah jadikan kpd semua makhluknya .

Terlupakah kita pesan hukama?

''Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia menjadi kencintaanmu pada suatu ketika.''

Sesetengah orang,mereka hilang kewarasan untuk berfikir guna akal disuluhi dengan Iman.
Ada yang sanggup bunuh diri sbb CINTA! MasyaAllah.
Bila kita putus cinta,ia sebenarnya bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang asasnya lahir dari Allah.
Putus Cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dgn positif.
Yes, memang pada awalnya kita sukar nak menerima hakikat.
Tetapi,percayalah.. Kita tetap ada Allah.
Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah adalah baik belaka, walaupun kadang-kadang belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita.
Namun,yakinlah pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.
Sebab sesuatu yang kita cintai,belum tentu membawa kebaikan kepada kita.
Manakala sesuatu yang kita benci,belum tentu memudaratkan kita.

Aku petik satu potongan dari firman Allah SWT :

''Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu.Sedarlah kamu tidak mengetahui,Allah-lah yang lebih mengetahui.'' (Surah Al-Baqarah:216)

Kadang-kadang kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita,hingga menempuh alam perkahwinan dan hingga akhir hayat.
Namun,sayang seribu kali sayang apa yang kita inginkan tu musnah hancur berkecai di tengah jalan.
Kenapa? Ayat diatas sudah menunjukkan segalanya.

''Kita merancang,DIA juga merancang..Tetapi rancangan DIA lebih UTAMA dari rancangan kita''

I bet, mesti orang yang putus cinta akan ckp ;
''Kenapalah aku yang kena? kenapalah aku yg tanggung semua ini''.

Why not, instead saying all those word, kita gantikan dan ucapkan ''Ye..Aku yang terpilih''.
Terpilih untuk putus cinta dgn manusia supaya bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan.
Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah.
Inilah hikmah disebalik kegagalan dlm bercinta. Dalam ujian kesusahan, selalunya manusia lebih mudah mengingatkan Allah.

Apa yang patut kita lakukan apabila mengalami semua ini?

1) Kembali kepada Allah
Alangkah indahnya jika orang yg frust cinta itu kembali kpd Allah secara SIHAT~ maksudnya,bukan sekadar merintih,mengadu,merayu atau minta mati segera.
Tetapi, tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yg sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan spt kekasih mengecewakan.
Oleh itu,belajarlah menjadi manusia yg berlapang dada :)

Yang penting,dalam apa jua sekalipun,iman mesti diletakkan didala HATI.
Ingat Tuhan, Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita.
Cinta itu bagai ''mata rantai'' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah :)

2) Satu Ujian
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dlm kehidupan.
Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ''sekolah'' yang besar.
Setiap manusia adalah pelajarnya.
Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup ini sebenarnya siri pelajaran yang tersusun rapi utk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Jika seorang datang membuat kita kecewa,maka dia adalah ''guru'' yg hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita sedang dikecewakan,itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlulah mengharap.

Begitulah seterusnya dlm apa jua keadaan,kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
3)Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan atau kesusahan sahaja.
Masing-masing drpd kita akan mengalamu pasang-surut dlm hidup.
Ada masa senang,dan susah.Sebab tu,dlm kehidupan ini,kita tak boleh terlalu gembira krn selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan.Begitu juga kita tak boleh terlalu sedih bila kesusahan krn mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yg menggembirakan.
Kalau kita sedar hukum Sunnahtullah,kita akan merasa tenang dlm hidup.Apabila kita ditimpa kesusahan,rasakan dlm hati.Ya..Selepas ini akan dtg kesenangan.Sabarlah hati.
Hakikatnya,tidak ada kesenangan dan kesusahan yg abadi didunia ini.Susah dan senang sentiasa silih datang kpd kita.
Therefore,
Fahamilah hakikat yg sebenar. Berlapanglah dada.

Apabila kita frust dlm bercinta,terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yg serba kena,serba senang dan serba mudah.

Aku memetik kata-kata pujangga ;
''Sesungguhnya orang yg berkali-kali gagal bercinta,pada suatu saat akan bertemua jua Cinta sejati yg ditunggunya!''

Dan quotes by Puteri NurDini;
''Kalau kita berusaha menjadi baik,mudah-mudahan Allah akan bukakan pintu laluan untuk pasangan yang terbaik buat kita'' . Have a Faith with Allah :)

''Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik pula diciptakan untuk wanita yang baik''.
(An Nur :24:26)












4 comments:

  1. -prepare our heart for da next test-
    penuh isi entry dye..bez2..

    ReplyDelete
  2. tenang rasa baca entry ni ;) trima kasih berkongsi artikel

    ReplyDelete
  3. dear,i nak tanyer..macam mane u buat button FB like tue erk??saya buat xjadi2 pun..dah give up..ajar please..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...