Semua mungkin telah sekian maklum bahawa hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar Islam iaitu 30 Zulhijjah 1432. Dan esok kita umat Islam akan menyambut 1 Muharam1433 . Alhamdulillah, hari demi hari,minggu demi minggu dan setiap bulan telah selamat kita tempuhi dengan jayanya :)
Dan kebiasaannya, ade sesetengah orang yg lebih Ghairah/ excited kemain/ teruja sangat sangat bila menyambut 1 JANUARI setiap tahun berbanding menyambut awal tahun mengikut kalendar Islam bukan?
****************
Dan disini aku ingin mengingatkan diri aku dan kalian semua , jangan lupa ye membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun :)
Untuk Doa Akhir Tahun, kita boleh membacanya pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada Akhir bulan Zulhijjah iaitu pada hari ini .
Sesiapa yg membaca doa ini, Syaitan berkata :
''Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pd setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun''.
DOA AKHIR TAHUN :
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Dan untuk Doa AWAL TAHUN pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.
Sesiapa yg membaca doa ini, Syaitan berkata :
''Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.''
DOA AWAL TAHUN ;
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka..

*******
Mudah-mudahan apabila kita mengamalkan doa seperti ini Allah akan melindungi kita dan mengampunkan dosa dosa kita sbg hambanya yang kudus yang seringkali melakukan kekhilafan .
Mari kita TUTUP BUKU LAMA , kita BUKA BUKU BARU :)
Segala kelemahan dan apa jua yg telah kita tempuhi untuk setahun yang lepas dapat kita perbaiki utk tahun baru ini.
Actually , we're always try to improve our mistakes, increase our Iman day to days .
Cuba kita duduk sekejap dan fikirkan apa yang telah kita buat selama setahun ini.
Belajarlah muhasabah diri kita. Sebenarnya TAK RUGI pun kalau kita muhasabah diri kita, sbb time tu la kita dpt kenal siapa diri kita..
Dan untuk makna Maal Hijrah itu sendiri, kita boleh berhijrah dari tabiat/pe'el/perangai yang buruk kepada yang baik.
Bukankah Allah sukakan kebaikan? Dan untuk apa kite hendak menidakkan kebaikan itu sendiri kan.
Bagi aku sendiri , untuk Ma'al Hijrah kali ini, aku berharap ;
# Dapat menjadi muslimah yang lebih baik, ditetapkan Iman dan dikuatkan Iman dari segala pancaroba duniawi
# Dapat menjadi wanita yang kental hatinya. #yes, i'm too kapas but it doesnt mean I'm too weak to face some matters.
# Dapat terus menggapai CintaMU Ya Khaliq
# Dapat meneruskan hari hari yang mendatang dgn penuh kesabaran.
Akhir kata , Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam dan semoga kalendar Buku BARU ini dapat mencorakkan kebahagiaan dan keberkatan buat kite semua :)
No comments:
Post a Comment